EN
×

Cashflow (Aliran Tunai): Panduan Lengkap untuk Pemilik Perniagaan

Insight Bisnes · 12 Julai 2024

Ditulis oleh Bryant Gan, Pengasas Niagawan · Dikemaskini 21 Julai 2026

Apa itu cashflow: panduan lengkap pengurusan aliran tunai untuk pemilik perniagaan

Pernah tak bisnes anda nampak "untung" atas kertas, tapi bila tiba masa nak bayar gaji atau sewa, duit dalam akaun tak cukup? Anda tak keseorangan — ini masalah paling kerap yang buat bisnes kecil tersekat, dan puncanya satu perkataan: cashflow. Panduan ini terangkan apa itu cashflow (aliran tunai) dengan bahasa biasa, kenapa untung tak sama dengan duit tunai, satu contoh kiraan bulanan yang kita kira perlahan-lahan, dan cara praktikal untuk urus aliran tunai bisnes anda — walaupun anda tak pernah belajar perakaunan.

Ringkasnya

Cashflow (aliran tunai) = pergerakan duit sebenar masuk dan keluar dari bisnes anda dalam satu tempoh.
• Formula mudahnya: Cashflow bersih = Duit masuk − Duit keluar.
• Positif = lebih banyak masuk dari keluar. Negatif = lebih banyak keluar dari masuk.
Untung bukan sama dengan tunai — bisnes boleh untung atas kertas tapi kehabisan duit kalau pelanggan lambat bayar.

01. Apa Itu Cashflow (Aliran Tunai)?

Cashflow, atau aliran tunai, ialah pergerakan duit tunai sebenar yang masuk dan keluar dari bisnes anda dalam satu tempoh masa — contohnya sebulan. Duit yang masuk (jualan, kutipan) ditolak duit yang keluar (stok, gaji, sewa) memberi anda cashflow bersih. Kalau lebih banyak masuk, cashflow positif; kalau lebih banyak keluar, ia negatif.

Cashflow bersih = Duit masuk − Duit keluar

Bezakan satu perkara penting dari awal: cashflow bercakap tentang duit tunai sebenar yang bergerak — bukan jualan yang direkod tapi belum diterima, dan bukan bil yang sudah timbul tapi belum dibayar. Itulah yang buat ia berbeza daripada "untung", dan sebab ramai peniaga keliru. Kita huraikan beza itu di seksyen seterusnya.

Cara mudah faham

Bayangkan tabung duit bisnes anda. Cashflow ialah berapa banyak duit betul-betul masuk dan keluar dari tabung itu bulan ini. Kalau hujung bulan tabung lebih penuh dari awal bulan, cashflow anda positif. Kalau lebih kurang, ia negatif — walaupun buku jualan nampak "banyak".

02. Formula Ringkas Cashflow

Seluruh konsep cashflow boleh diringkaskan kepada satu formula sahaja. Ini yang perlu anda ingat:

Cashflow Bersih = Jumlah Duit Masuk − Jumlah Duit Keluar

Selepas anda kira, jawapannya jatuh dalam salah satu daripada tiga keadaan mudah:

Kalau hasilnya…Ia bermaknaApa jadi pada tabung
Lebih dari 0 (> 0)Cashflow positifDuit masuk lebih — tabung bertambah
Kurang dari 0 (< 0)Cashflow negatifDuit keluar lebih — tabung berkurang
Sama dengan 0 (= 0)Cashflow seimbang (neutral)Masuk = keluar — tabung tak berubah
💡 Kenapa formula ini penting

Anda tak perlu tahu perakaunan untuk guna formula ini. Ambil semua duit yang betul-betul masuk bulan ini, tolak semua duit yang betul-betul keluar, dan anda dah tahu cashflow bisnes anda. Semudah itu.

03. Cashflow vs Untung: Kenapa Bisnes Untung Boleh Kehabisan Duit

Ini bahagian paling penting dalam panduan ini — dan konsep yang selalu buat pemilik bisnes tertanya-tanya: "Kenapa bisnes saya untung, tapi akaun bank selalu kosong?"

Jawapannya: untung dan tunai adalah dua benda berbeza. Untung dikira apabila anda merekod jualan, walaupun pelanggan belum bayar. Tunai pula hanya bertambah bila duit betul-betul masuk ke tabung anda. Jurang antara dua ini boleh membunuh bisnes yang sebenarnya menguntungkan.

Perbandingan cash flow vs keuntungan: maksud, kepentingan, fokus dan masalah jika kurang

Cashflow menjawab "ada tak duit dalam tabung?"; untung menjawab "bisnes ni menguntungkan tak?" — dua soalan berbeza.

⚠️ Contoh: untung atas kertas, tabung kosong

Kedai perabot Encik Rahman jual set sofa RM10,000 kepada sebuah syarikat bulan ini — direkod sebagai jualan, jadi buku tunjuk untung. Tapi syarikat itu minta terma bayaran 60 hari. Sementara itu, Encik Rahman kena bayar gaji pekerja RM4,000, sewa RM2,500 dan beli kayu untuk pesanan seterusnya — semua guna duit tunai hari ini. Di atas kertas dia untung; dalam tabung, dia kehabisan duit. Itulah masalah cashflow.

Pengajarannya mudah: anda tak boleh bayar gaji dengan "untung" — anda bayar dengan tunai. Sebuah bisnes boleh bertahan sebulan-dua dengan untung yang rendah, tapi ia tak boleh bertahan seminggu pun tanpa tunai. Sebab itu memahami cashflow lebih penting daripada sekadar tengok angka untung. (Nak faham sisi untung pula, baca panduan penyata untung rugi.)

04. Mengapa Cashflow Boleh Negatif Walaupun Jualan Banyak?

Soalan ini paling kerap ditanya pemilik bisnes: "Jualan saya banyak, kenapa duit tetap tak ada?" Jawapannya jarang sekali "sebab jualan kurang". Biasanya, ia salah satu daripada punca di bawah — di mana duit tersekat atau keluar lebih cepat daripada ia masuk:

SituasiApa yang sebenarnya berlaku
Terlalu banyak stokDuit terkunci dalam barang yang belum terjual — nampak "aset", tapi bukan tunai
Pelanggan bayar lambatJualan sudah direkod (untung ada), tapi duit belum masuk tabung
Banyak ansuran bulananDuit keluar tetap setiap bulan — pinjaman, sewa mesin, langganan
Gaji & kos operasi naikPerbelanjaan meningkat lebih cepat daripada jualan yang masuk
Owner ambil duit terlalu banyakTunai bisnes tersedut untuk guna peribadi — cashflow makin ketat
Kesimpulannya

Masalahnya bukan jualan. Masalahnya masa duit masuk dan duit keluar tidak seimbang. Bila anda betulkan masa (timing) itu — kutip lebih cepat, kawal stok, jadualkan bayaran — cashflow bertambah baik walaupun jualan kekal sama.

05. Kenapa Masa Duit Masuk Lebih Penting Daripada Jumlahnya

Ramai fokus pada "berapa banyak" untung. Tapi yang selalu buat bisnes sesak tunai ialah bila duit masuk berbanding bila duit keluar. Lihat contoh satu pesanan besar di bawah:

Hari 1
Dapat pesanan RM30,000. Jualan direkod — di atas kertas, anda untung.
Hari 5
Bayar supplier RM15,000 untuk bahan. Duit tunai keluar dari tabung sekarang.
Hari 45
Pelanggan baru bayar RM30,000. Barulah duit tunai masuk ke tabung.

Dalam tempoh 40 hari antara Hari 5 dan Hari 45 itu, bisnes ini untung — tetapi tabung boleh kering. Sepanjang 40 hari itu masih ada gaji, sewa dan stok baru yang perlu dibayar dengan tunai. Untung tak membantu kalau ia belum jadi duit dalam tabung.

💡 Pengajaran

Kutip bayaran lebih cepat dan lambatkan bayaran keluar (dengan berpatutan) — anda rapatkan jurang 40 hari itu. Cashflow bertambah baik tanpa perlu tambah satu sen jualan pun.

06. Cashflow Masuk vs Cashflow Keluar (Duit Masuk / Duit Keluar)

Setiap cashflow terdiri daripada dua bahagian: duit yang masuk dan duit yang keluar. Faham sumber setiap satu supaya anda tahu di mana boleh tarik lebih banyak masuk, dan di mana boleh perlahankan yang keluar.

⬇️ Duit MASUK (cashflow masuk)
• Jualan tunai harian
• Kutipan hutang / bayaran pelanggan
• Deposit & bayaran pendahuluan
• Modal atau pinjaman yang diterima
⬆️ Duit KELUAR (cashflow keluar)
• Beli stok & bahan mentah
• Gaji & upah pekerja
• Sewa, bil elektrik, air, internet
• Ansuran pinjaman & bayaran pembekal

Sepanjang panduan ini, kita guna warna untuk memudahkan: duit masuk (hijau) dan duit keluar (merah). Matlamat setiap bisnes yang sihat ialah pastikan jumlah hijau melebihi jumlah merah secara konsisten — bukan hanya sekali-sekala.

07. Contoh Cashflow Bulanan: Kira Langkah Demi Langkah

Cukup teori — mari kira satu contoh sebenar. Kedai Runcit Pak Samad nak tahu cashflow untuk bulan Jun. Kita senaraikan semua duit masuk dan keluar, kira perlahan-lahan.

ButiranJenisAmaun
Jualan tunai sepanjang JunDuit masukRM18,000
Kutipan hutang pelanggan (bayaran lewat Mei)Duit masukRM3,000
Jumlah duit masukRM21,000
Beli stok barang runcitDuit keluarRM12,000
Sewa kedaiDuit keluarRM2,500
Gaji 2 pekerjaDuit keluarRM3,500
Bil elektrik, air & internetDuit keluarRM800
Ansuran pinjaman kedaiDuit keluarRM1,200
Jumlah duit keluarRM20,000

Langkah 1 — jumlahkan semua duit masuk: RM18,000 + RM3,000 = RM21,000.

Langkah 2 — jumlahkan semua duit keluar: RM12,000 + RM2,500 + RM3,500 + RM800 + RM1,200 = RM20,000.

Langkah 3 — tolak untuk dapat cashflow bersih:

Cashflow bersih = Duit masuk − Duit keluar = RM21,000 − RM20,000 = +RM1,000 (positif)

Bulan Jun, Kedai Pak Samad menambah RM1,000 tunai ke dalam tabung. Cashflow positif — walaupun kecil. Sekarang bayangkan bulan berikutnya dia beli stok banyak untuk musim perayaan sehingga duit keluar naik ke RM26,000, sementara duit masuk kekal RM21,000:

Cashflow bersih = RM21,000 − RM26,000 = −RM5,000 (negatif)

💡 Apa yang boleh dipelajari?

Bulan negatif tak semestinya bermakna bisnes gagal — kadang-kadang ia sebab anda melabur (beli stok lebih untuk jualan hadapan). Yang penting: anda perlu ada simpanan tunai untuk tampung bulan negatif. Kalau tabung sudah nipis dan datang pula bulan negatif, di situlah bisnes tersekat. Sebab itu pantau cashflow bukan sekali setahun, tapi setiap bulan.

08. Aliran Tunai Sepanjang Bulan: Lihat Dalam Timeline

Jadual di atas tunjuk jumlah keseluruhan bulan. Tapi cashflow sebenar bergerak hari demi hari — dan baki tabung boleh jatuh sesak di tengah bulan walaupun hujung bulan nampak positif. Ikuti perjalanan tunai Kedai Pak Samad pada bulan Oktober (baki awal RM4,000):

1 Okt
+RM5,000 jualan minggu pertama
Baki: RM9,000
3 Okt
−RM8,000 bayar supplier stok
Baki: RM1,000
7 Okt
−RM3,000 gaji pekerja
Baki: −RM2,000
20 Okt
+RM15,000 pelanggan besar akhirnya bayar
Baki: RM13,000
31 Okt
Hujung bulan — cashflow bulan ini positif
Baki: RM13,000
⚠️ Perhatikan 7 Oktober

Pada 7 Okt, baki tabung jatuh ke −RM2,000 — walaupun bulan ini berakhir positif. Kalau ada bil kecemasan datang pada 7 Okt itu, bisnes boleh tersekat. Inilah sebab pantau baki harian, bukan sekadar jumlah hujung bulan. Aliran tunai adalah tentang masa, bukan hanya jumlah.

09. Cashflow Positif, Negatif & Neutral

Tiga keadaan ini paling kerap dicari pemilik bisnes. Maksudnya mudah, tapi tanda-tanda amaran di sebaliknya yang perlu anda kenali awal-awal.

✅ Cashflow Positif

Duit masuk melebihi duit keluar. Anda ada lebihan tunai untuk bayar bil, simpan, dan melabur semula. Ini keadaan sihat — matlamat setiap bisnes.

⚠️ Cashflow Negatif

Duit keluar melebihi duit masuk. Kalau berlaku sekali sekala (sebab melabur) ia okay; kalau berterusan, tabung akan kering dan bisnes tersekat.

⚖️ Cashflow Neutral (Seimbang)

Duit masuk sama dengan duit keluar — contohnya RM20,000 masuk, RM20,000 keluar, cashflow = RM0. Okay untuk sementara, tapi tiada ruang simpanan: kalau datang kecemasan, bisnes mudah terjejas.

Contoh graf cashflow yang sihat — wang masuk (hijau) konsisten melebihi wang keluar (merah), dan garisan terkumpul terus menaik:

Contoh graf cash flow positif: aliran wang masuk lebih banyak dari wang keluar setiap bulan

Bandingkan pula bulan yang cashflow negatif — wang keluar melebihi wang masuk, seperti bulan Oktober di bawah:

Contoh graf cash flow negatif: aliran wang keluar lebih tinggi berbanding wang masuk pada bulan tertentu

⚠️ Tanda amaran cashflow bermasalah

• Anda sentiasa tunggu bayaran pelanggan sebelum boleh bayar bil sendiri.
• Guna duit jualan hari ini untuk tampung bil semalam — sentiasa "tarik-ulur".
• Stok tersekat (banyak duit terikat dalam barang yang lambat terjual).
• Terpaksa tangguh gaji, atau pinjam peribadi untuk tampung bisnes.
Kalau satu atau lebih tanda ini biasa berlaku, cashflow anda perlu diberi perhatian segera.

10. Berapa Cashflow Yang Dianggap Sihat?

Tiada satu angka ajaib — ia bergantung pada saiz dan jenis bisnes anda. Tapi anda tak perlu perakaunan rumit untuk tahu sama ada cashflow anda sihat. Semak empat perkara mudah ini:

Cashflow anda sihat jika…
✅ Duit masuk melebihi duit keluar secara konsisten (bukan sekali sekala)
✅ Ada simpanan tunai untuk tampung 1–3 bulan kos operasi
✅ Boleh bayar supplier & gaji tepat masa tanpa tunggu kutipan
✅ Tak perlu guna duit peribadi untuk tampung operasi bisnes

Kalau keempat-empatnya "ya", cashflow anda dalam keadaan baik. Kalau ada satu-dua yang "tidak", itu petunjuk awal untuk mula perbaiki — sebelum ia jadi masalah besar.

11. Muat Turun Template Cashflow Excel Percuma

Nak terus mula pantau cashflow bisnes anda sendiri? Kami sediakan template cashflow Excel percuma — siap dengan formula automatik supaya cashflow bersih dan baki terkumpul dikira sendiri sebaik anda taip duit masuk dan keluar.

📊
Template Cashflow Excel (Percuma)
Helaian contoh yang telah diisi — ikut sebagai panduan
Helaian bulanan kosong — taip duit masuk & keluar, cashflow dikira automatik
Helaian mingguan kosong — untuk pantauan lebih kerap
• Baki terkumpul dikira sendiri, tak perlu formula manual

Muat Turun Template Cashflow Excel Percuma →

Ramai bisnes kecil bermula dengan Excel — itu okay. Bila transaksi makin banyak dan formula mula susah dijaga, barulah beralih ke sistem yang rekod dan kira automatik (lihat seksyen terakhir).

12. Kenapa Cashflow Penting untuk Bisnes Anda

Faham cashflow bukan sekadar "cantik" rekod — ia menentukan sama ada bisnes anda boleh bertahan dan berkembang. Ini sebabnya:

💸 Bayar gaji & bil tepat masa. Cashflow yang cukup bermakna anda tak perlu risau hujung bulan — gaji, sewa dan pembekal semua terbayar.
🌫️ Tahan musim slow. Bisnes ada bulan naik dan bulan turun. Cashflow sihat + simpanan buat anda mampu lalui musim sepi tanpa panik.
📦 Rancang belian stok. Bila anda nampak aliran tunai, anda tahu bila masa selamat untuk beli stok besar tanpa mencekik tunai.
📈 Buat keputusan yakin. Nak upah pekerja baru? Buka cawangan? Cashflow beritahu anda sama ada bisnes mampu, bukan hanya "rasa" mampu.

13. Cara Perbaiki & Uruskan Cashflow (Langkah Praktikal)

Berita baiknya: cashflow boleh diperbaiki. Anda tak perlu tunggu jualan naik — selalunya masalahnya pada masa duit masuk dan keluar, bukan jumlahnya. Ini langkah praktikal yang boleh anda mula hari ini:

⏱️ Kutip bayaran lebih cepat.
Hantar invois awal, tetapkan terma jelas (contoh 14 hari), dan susul pelanggan yang lewat. Duit masuk lebih cepat = tabung lebih penuh.
📦 Urus stok dengan bijak.
Stok yang lambat terjual ialah duit yang tersekat. Beli mengikut permintaan sebenar, elak "over-stock".
📅 Jadualkan bayaran keluar.
Runding terma dengan pembekal supaya duit keluar tak semua serentak. Selaraskan tarikh bayar dengan tarikh duit masuk.
👀 Pantau setiap minggu.
Jangan tunggu hujung bulan baru terkejut. Semak duit masuk vs keluar setiap minggu supaya masalah dikesan awal.
🏦 Asingkan duit peribadi.
Gunakan akaun bisnes berasingan. Campur duit peribadi buat anda susah nampak cashflow bisnes sebenar.
💰 Simpan penampan tunai.
Sasarkan simpanan tunai untuk tampung 1–3 bulan perbelanjaan. Ini bantalan anda untuk bulan negatif.

14. Patut Semak Cashflow Harian, Mingguan atau Bulanan?

Soalan biasa: "Berapa kerap patut saya tengok cashflow?" Jawapannya bergantung pada jenis bisnes anda. Panduan ringkas:

KekerapanSesuai untukKenapa
HarianKedai runcit, restoran, bisnes tunai tinggiBanyak transaksi kecil setiap hari — baki boleh berubah cepat
MingguanKebanyakan PKS & bisnes sederhanaCukup kerap untuk kesan masalah awal, tanpa menyusahkan
BulananAnalisis prestasi & perancanganLihat corak keseluruhan — bulan mana kuat, bulan mana lemah

Cadangan mudah: pantau baki mingguan untuk kawal harian, dan buat semakan penuh bulanan untuk nampak corak. Bisnes dengan banyak jualan tunai (kedai makan, runcit) elok tengok harian.

15. Cashflow Ikut Jenis Bisnes

Setiap jenis bisnes ada corak cashflow yang berbeza — bergantung pada bila duit masuk berbanding bila duit keluar. Cari yang paling dekat dengan anda:

🍳 Kedai makan / F&B

Duit masuk harian (tunai & e-wallet), supplier bahan dibayar mingguan, gaji bulanan. Cashflow biasanya lancar — tapi margin nipis, jadi kawalan kos penting.

🛒 Kedai runcit

Duit masuk harian, tapi beli stok secara pukal. Risiko utama: over-stock yang ikat tunai. Beli ikut barang yang laju bergerak.

🛠️ Kontraktor / servis projek

Duit masuk lambat (selepas projek siap, kadang 30–60 hari), tapi bahan & upah keluar dahulu. Paling terdedah kepada sesak tunai — minta deposit awal.

📱 Peniaga online

Belanja iklan hari ini, tapi payout platform masuk 7–14 hari kemudian. Jurang tunai kecil tapi berterusan — jaga simpanan untuk pusingan iklan.

💡 Corak berbeza, prinsip sama

Walau apa jenis bisnes anda, prinsipnya tetap satu: rapatkan jurang antara duit keluar dan duit masuk. Semakin cepat duit masuk selepas duit keluar, semakin sihat cashflow anda.

16. Cashflow vs Untung vs Buku Tunai

Tiga istilah ini selalu bercampur-baur. Jadual ini bezakan ketiga-tiganya — apa yang dijawab, tempohnya, dan bila anda guna setiap satu:

 Cashflow (Aliran Tunai)Untung (Penyata Untung Rugi)Buku Tunai
Apa yang dijawab"Ada tak duit dalam tabung sekarang?""Bisnes ni untung atau rugi?""Ke mana duit masuk & keluar?"
FokusPergerakan tunai sebenarHasil tolak kos (termasuk yang belum diterima/dibayar)Rekod setiap transaksi tunai
TempohSatu tempoh (mingguan/bulanan)Satu tempoh (bulanan/tahunan)Berterusan, hari demi hari
Bila anda gunaNak tahu boleh bayar bil/gaji ke takNak tahu prestasi bisnes sepanjang tempohNak rekod & jejak duit harian

Ketiga-tiganya berkait: buku tunai merekod setiap duit masuk dan keluar → daripada rekod itu anda nampak cashflow (tunai bergerak) → dan penyata untung rugi pula tunjuk sama ada bisnes menguntungkan. Anda perlu ketiga-tiganya untuk gambaran penuh — bukan hanya satu.

Kalau dilihat dari atas, semua rekod kewangan ini sebenarnya berangkai — satu mengalir ke satu:

Jualan & belanja
Untung Rugi
(untung/rugi)
Cashflow
(tunai bergerak)
Tunai dalam bank
Kunci kira-kira
(balance sheet)

Jualan menentukan untung; untung (bila jadi tunai sebenar) menggerakkan cashflow; cashflow menentukan berapa tunai dalam bank; dan baki tunai itu muncul dalam kunci kira-kira. Anda tak perlu kuasai semua — cukup faham bahawa cashflow ialah "tunai sebenar" di tengah-tengah rantaian ini.

17. Kesilapan Biasa Urus Cashflow

Empat kesilapan ini paling kerap buat bisnes tersekat walaupun jualan ada. Kenali dan elak — kita tunjuk situasi, kesannya, dan cara betulkan:

SituasiKesanCara betulkan
Campur duit peribadi dengan duit bisnesTak nampak cashflow bisnes sebenar; susah nak jejakBuka akaun bisnes berasingan; rekod ambilan owner sebagai duit keluar
Anggap "untung = duit dalam tabung"Belanja ikut angka untung, sedangkan tunai belum masuk — akhirnya kehabisan duitJejak tunai sebenar (cashflow), bukan hanya untung atas kertas
Tak pantau sampai tabung hampir kosongMasalah dikesan terlalu lewat untuk dibetulkanSemak cashflow setiap minggu, bukan hujung bulan sahaja
Beli stok terlalu banyak (over-stock)Duit tersekat dalam barang; tunai untuk operasi berkurangBeli ikut permintaan sebenar; pantau stok bergerak vs lembab
Semakan pantas: cashflow anda sihat?

✅ Duit masuk bulan ini melebihi duit keluar?
✅ Anda boleh bayar gaji & bil tanpa tunggu bayaran pelanggan?
✅ Ada simpanan tunai untuk tampung sekurang-kurangnya sebulan perbelanjaan?
✅ Duit peribadi dan bisnes diasingkan?
Kalau semua jawapannya "ya", cashflow anda dalam keadaan baik.

18. Checklist Bulanan Cashflow

Cetak atau simpan senarai ini. Setiap hujung bulan, tanya diri anda enam soalan mudah ini — ia bantu anda kesan masalah cashflow sebelum ia jadi besar:

📋 Setiap bulan, semak:
☐ Duit masuk bulan ini lebih banyak daripada duit keluar?
☐ Cukup duit untuk bayar gaji bulan depan?
☐ Cukup duit untuk bayar semua supplier tepat masa?
☐ Ada stok tersekat yang perlu dihabiskan?
☐ Ada invois pelanggan yang belum dikutip?
☐ Simpanan kecemasan masih cukup (1–3 bulan kos operasi)?

Kalau ada mana-mana kotak yang anda tak boleh tanda "ya", itulah tempat untuk beri perhatian bulan depan.

19. Soalan Lazim (FAQ)

Apa maksud cash flow?
Cash flow (aliran tunai) ialah pergerakan duit tunai sebenar masuk dan keluar dari bisnes dalam satu tempoh. Duit masuk tolak duit keluar memberi cashflow bersih anda.

Kenapa bisnes untung tapi tak ada duit?
Sebab untung dan tunai dua benda berbeza. Untung dikira sebaik jualan direkod, walaupun pelanggan belum bayar. Kalau pelanggan lambat bayar, stok terlalu banyak, atau ansuran tinggi, duit tunai tersekat atau keluar lebih cepat daripada ia masuk — jadi bisnes untung atas kertas tapi tabung kosong.

Apa beza cashflow dengan untung?
Untung dikira apabila jualan direkod, walaupun pelanggan belum bayar. Cashflow pula hanya kira duit tunai yang betul-betul masuk dan keluar. Sebab itu bisnes boleh untung atas kertas tapi kehabisan tunai.

Apa itu cashflow positif, negatif dan neutral?
Cashflow positif bermakna duit masuk melebihi duit keluar (keadaan sihat). Negatif bermakna duit keluar melebihi duit masuk — okay sekali sekala, tapi bahaya kalau berterusan. Neutral (seimbang) bermakna masuk sama dengan keluar (cashflow = RM0) — okay sementara, tapi tiada ruang simpanan.

Macam mana nak buat cashflow?
Senaraikan semua duit masuk (jualan, kutipan) dan semua duit keluar (stok, gaji, sewa, bil) untuk satu tempoh, kemudian tolak: Duit masuk − Duit keluar = cashflow bersih. Buat setiap bulan untuk lihat corak. (Anda boleh muat turun template cashflow Excel percuma untuk mula.)

Berapa kerap patut semak cashflow?
Untuk kebanyakan PKS, semak baki mingguan dan buat semakan penuh bulanan. Bisnes dengan banyak jualan tunai (kedai makan, runcit) elok tengok harian sebab baki berubah cepat.

Berapa simpanan tunai yang sihat untuk bisnes?
Panduan umum: simpanan tunai yang cukup untuk tampung 1–3 bulan kos operasi (gaji, sewa, bil). Ini bantalan anda untuk bulan negatif atau kecemasan.

Cashflow negatif maksudnya rugi?
Tidak semestinya. Cashflow negatif cuma bermakna bulan itu duit keluar lebih dari masuk — kadang-kadang sebab anda melabur (beli stok atau aset). Rugi pula soal untung. Bisnes boleh untung tapi cashflow negatif buat sementara, dan sebaliknya.

Perlu ke guna sistem untuk pantau cashflow?
Untuk bisnes kecil, spreadsheet pun boleh untuk mula. Tapi bila transaksi bertambah, merekod manual mengambil masa dan mudah tersilap. Sistem yang rekod setiap duit masuk/keluar dan tunjuk baki serta-merta menjimatkan masa dan mengurangkan risiko salah kira.

20. Ringkasan: Apa Yang Perlu Anda Ingat

Ringkasan pantas

Cashflow = duit tunai sebenar masuk − keluar dalam satu tempoh.
Untung bukan tunai — anda bayar gaji dengan tunai, bukan untung.
Positif = masuk lebih; negatif = keluar lebih; neutral = seimbang (tiada simpanan).
✅ Masalah cashflow selalunya soal masa duit masuk vs keluar — bukan jumlah jualan.
✅ Cashflow sihat = masuk melebihi keluar konsisten + simpanan 1–3 bulan.
✅ Perbaiki: kutip bayaran cepat, urus stok, jadual bayaran, pantau mingguan, simpan penampan.
✅ Pantau setiap minggu — jangan tunggu tabung kosong baru sedar.

21. Mahu Pantau Cashflow Anda dengan Mudah?

Merekod setiap duit masuk dan keluar secara manual boleh makan masa — dan bila anda terlepas beberapa transaksi, gambaran cashflow anda jadi tak tepat. Bandingkan:

Rekod ManualGuna Sistem
Kira duit masuk vs keluar sendiri setiap kaliBaki dikira automatik setiap transaksi
Susah nampak aliran tunai keseluruhanLihat aliran tunai bulan demi bulan dalam satu skrin
Mudah terlepas transaksi kecilSetiap duit masuk & keluar direkod kemas
Untung dan tunai mudah bercampur keliruPenyata aliran tunai & untung rugi berasingan, jelas

Niagawan ialah sistem cloud accounting dengan POS terbina, dibina untuk PKS Malaysia. Buku tunai di dalamnya merekod setiap duit masuk dan keluar serta menunjukkan baki sebenar bila-bila masa — jadi anda nampak aliran tunai bisnes tanpa perlu kira manual.

Rekod Buku Tunai Niagawan menunjukkan aliran wang masuk, wang keluar, dan baki untuk analisis kewangan

Buku Tunai Niagawan menampilkan duit masuk (Debit) dan duit keluar (Credit), dengan baki dikira automatik.

Selain itu, Niagawan menjana penyata aliran tunai yang memaparkan wang masuk, wang keluar dan aliran terkumpul bulan demi bulan — memudahkan anda nampak corak cashflow sepanjang tahun:

Penyata aliran tunai (cash flow) di Niagawan menunjukkan wang masuk, wang keluar dan aliran terkumpul bulanan

Penyata aliran tunai di Niagawan — wang masuk vs wang keluar, dipaparkan bulan demi bulan.

Kalau anda rasa payah nak jejak aliran tunai bisnes secara manual, lihat bagaimana buku tunai dalam Niagawan Plus boleh bantu anda pantau cashflow dengan lebih mudah. Digunakan oleh 40,000+ bisnes Malaysia sejak 2016.

Baca juga: