Niagawan
Perakaunan · Produk & Inventori

Stok Tinggal Berapa? Terus Semak.

Masukkan produk sekali dengan harga, kos dan unit. Lepas tu, semak stok masuk, stok keluar dan baki setiap produk dalam sistem.

Lagi mudah

Setup Produk Sekali, Guna Dalam Semua Dokumen

Tak perlu kad stok atau spreadsheet. Produk yang sama diguna dalam invois, belian dan laporan.

1. Masukkan Produk

Nama, harga, kos, unit dan kategori. Kod produk dibuat oleh sistem, dan senarai produk yang dah ada boleh diimport.

2. Tetapkan Harga Ikut Jenis Customer

Contohnya harga runcit, dealer dan borong. Pilih jenis harga untuk setiap customer, dan harga tu keluar masa buat invois.

3. Semak Stok

Bila stok masuk atau jualan direkod, baki stok dikemas kini.

Apa Yang Ada Dalam Produk & Inventori

Lapan fungsi untuk urus produk, harga, kos dan stok.

Produk

Satu senarai untuk semua barang yang anda jual atau beli, dengan kod, harga, kos dan unit.

Kategori Produk

Kumpulkan produk ikut kategori anda sendiri. Senarai produk, kos dan stok boleh ditapis ikut kategori.

Unit

Jual dan simpan stok dalam unit yang sesuai, contohnya pcs, kotak atau kg. Kuantiti boleh ada titik perpuluhan.

Jenis Harga

Produk yang sama boleh ada harga berbeza ikut jenis customer, contohnya Runcit, Dealer dan Borong.

Senarai Harga

Tetapkan harga setiap produk untuk setiap jenis harga dalam satu jadual, tanpa buka produk satu-satu.

Kos

Bila belian direkod, kos purata produk dikira semula. Margin dikira dari kos tu.

Stok

Semak stok masuk, stok keluar dan baki setiap produk. Kalau ada lebih dari satu outlet, baki boleh disemak ikut outlet.

Pakej (Bundle)

Jual beberapa produk sebagai satu pakej, macam hamper atau combo, tanpa pilih setiap item satu-satu.

Produk Yang Sama, Dari Jualan Sampai Laporan

Harga dan kos ditetapkan sekali pada produk.

Produk
Harga
Kos
Stok
Jualan & laporan

Harga dan kos produk diguna dalam invois dan belian. Stok dikemas kini bila jualan atau belian direkod, dan laporan dikira dari rekod yang sama.

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“I've been using Niagawan since 2021 and overall it's been a great experience. The system is easy to use, even for beginners, and it covers all the essential features to run an online business smoothly. What I like most is how user-friendly it is and how stable the platform has been over the years.”
FF
Fadzli Fuzi
Ulasan Google
“Dah lebih 2 tahun guna Niagawan. Alhamdulillah mudah & user friendly. Semakin tahun semakin bertambah baik sistem dan layout. Customer service pun respon pantas & mudah berurusan.”
ES
EE Station Resources
Ulasan Google
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊