Niagawan
Modul tambahan

Satu Akaun Untuk Semua Cawangan

Semak jualan, stok dan laporan ikut cawangan tanpa buka akaun berasingan. Setiap cawangan tambahan RM300 setahun, dan HQ percuma.

Biasanya setiap cawangan baru perlukan satu lagi sistem, dan hujung bulan angka setiap cawangan kena dijumlahkan sendiri.

Macam mana ia digunakan

Tambah Cawangan Dalam Tiga Langkah

Tak ada apa nak install di kedai. Semua cawangan login ke Niagawan yang sama.

1. Tambah Cawangan

Hidupkan Multi-Branch dan masukkan nama, kod pendek, alamat dan telefon cawangan.

2. Tetapkan Akses Staff

Pilih cawangan mana setiap staff boleh buka. Owner boleh buka semua cawangan.

3. Semak Dari HQ

Staff buat bil di cawangan masing-masing. Anda pilih mana-mana cawangan untuk tengok jualan, belanja, stok dan akaunnya, atau tengok semua sekali.

Apa Yang Ada Dalam Multi-Branch

Tiga tab: setup cawangan, akses staff dan produk ikut cawangan.

Setup Cawangan

Cawangan baru ditambah dalam sistem yang sama. Tak perlu langganan atau sistem kedua.

Akses Staff Ikut Cawangan

Staff cuma nampak cawangan tempat dia kerja. Manager satu cawangan tak nampak angka cawangan lain.

Rekod Masuk Cawangan Yang Betul

Bila staff buat bil, rekod tu terus masuk bawah cawangan dia. Tak perlu asingkan hujung bulan.

Produk Ikut Cawangan

Pilih produk yang dijual di setiap cawangan, supaya staff nampak senarai produk cawangan dia saja.

Tengok Mana-Mana Cawangan Dari HQ

Pilih cawangan dan tengok jualan, belanja, stok dan laporannya, tanpa pergi ke kedai tu.

Akaun Gabungan

Tengok setiap cawangan berasingan, atau semua cawangan sebagai satu set akaun.

Dari Tambah Cawangan Sampai Akaun Gabungan

Semua cawangan guna sistem yang sama.

Tambah cawangan
Bagi akses staff
Staff buat bil
HQ semak cawangan
Akaun gabungan

Sebab semua cawangan rekod dalam sistem yang sama, HQ boleh terus semak, dan akaun gabungan dijumlahkan oleh sistem.

Sesuai Untuk

Kedai runcit dengan beberapa outletRestoran dengan beberapa cawanganFrancaisDistributorKontraktorFarmasi & minimartBisnes servis dengan beberapa cawangan
RM300 / cawangan / tahun

Tambah cawangan bila-bila masa. RM300 setahun untuk setiap cawangan, dan HQ percuma.

Soalan Lazim

Kena Bayar Untuk HQ Juga?
Tak perlu. HQ percuma. Anda cuma bayar RM300 setahun untuk setiap cawangan tambahan.
Sepuluh Cawangan, Kena Ada Sepuluh Sistem?
Tak perlu. Sepuluh cawangan guna satu sistem: RM300 setahun untuk setiap cawangan, dan satu set akaun gabungan.
Staff Boleh Nampak Cawangan Lain?
Hanya kalau anda benarkan. Akses diberi ikut staff dan ikut cawangan. Owner nampak semua.
Boleh Tengok Semua Cawangan Sekali?
Boleh. Tengok setiap cawangan berasingan, atau seluruh bisnes sebagai satu akaun gabungan.
Perlu Install Apa-Apa Di Cawangan?
Tak perlu. Cawangan buka Niagawan dalam browser dan login.
Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“Easy to navigate and a good mobile interface. What I like the most is their WhatsApp customer service. For people like me who don't know much about accounting and bookkeeping, this is very, very helpful.”
ME
Meor Ezammer
Ulasan Google
“Dah lebih 2 tahun guna Niagawan. Alhamdulillah mudah & user friendly. Semakin tahun semakin bertambah baik sistem dan layout. Customer service pun respon pantas & mudah berurusan.”
ES
EE Station Resources
Ulasan Google
“System account yang mudah difahami dan mudah digunakan. Mempercepatkan setiap transaksi dan lebih senang memantau check and balance account.”
AA
Azreen Amiruddin
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊