Niagawan
Perakaunan · Jualan & Invois

Dari Quotation Sampai Customer Bayar, Rekod Dalam Sistem Yang Sama

Buat quotation, tukar jadi invois dan rekod bayaran customer tanpa buat dokumen yang sama dari awal. Delivery Order dan Credit Note pun dibuat dari invois tu.

Lagi mudah

Buat Invois Dalam Tiga Langkah

Tak perlu tahu akaun. Staff cuma isi borang.

1. Pilih Customer

Pilih customer yang dah ada, atau tambah baru. Terma bayaran dan maklumat cukai customer terus diisi.

2. Masukkan Barang Yang Dijual

Pilih produk dari senarai, atau taip sendiri. Diskaun dan caj penghantaran boleh ditambah.

3. Simpan

Invois dikeluarkan, dan jumlah yang customer perlu bayar direkod.

Apa Yang Ada Dalam Jualan & Invois

Lapan fungsi, dari quotation sampai Credit Note. Semuanya guna senarai customer dan produk yang sama.

Quotation

Bila customer setuju, tukar quotation jadi invois tanpa taip semula barang dan harga. Quotation yang dah expired pun masih boleh ditukar kalau customer setuju kemudian.

Proforma

Untuk jualan yang perlu deposit atau bayar dulu. Hantar proforma, dan tukar jadi invois bila customer bayar.

Invois

Rekod apa yang dijual dan berapa customer perlu bayar. Setiap invois ada status: belum bayar, bayar sebahagian atau dah bayar.

Bayaran & Resit

Bila customer bayar, rekod bayaran pada invoisnya. Customer bayar beberapa invois sekali gus? Rekod dalam satu bayaran. Anda nampak siapa masih ada baki.

Cash Sales

Untuk jualan walk-in yang dibayar terus. Rekod dalam satu borang, tanpa buat invois dan resit berasingan.

Delivery Order

Delivery Order dibuat dari invois, jadi barang dan kuantiti tak perlu ditaip semula. Anda boleh semak invois mana yang belum ada Delivery Order.

Credit Note

Customer pulangkan barang? Buka invois asal, klik Credit Note, pilih barang yang dipulangkan dan simpan. Stok dilaraskan ikut barang tu, dan invois asal tak perlu diubah.

Customer

Simpan maklumat customer sekali. Lepas tu, pilih saja namanya setiap kali buat quotation atau invois.

Tak Perlu Taip Dokumen Yang Sama Dua Kali

Quotation jadi invois. Dari invois, anda rekod bayaran, buat Delivery Order atau Credit Note.

Quotation
Proforma
Invois
Bayaran
Delivery Order
Credit Note

Setiap dokumen yang disimpan terus direkod dalam akaun, dan stok ditolak bila barang dijual.

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“Alhamdulillah syukur nikmat, saya telah menggunakan app Niagawan Plus ni di tahun yang keenam. App Niagawan ini amat bagus dan mudah untuk saya berikan quotation dan invois pada customer.”
HS
Halim Saad
Ulasan Google
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google
“Truly a helpful tool that played a big role in bringing my company to this level. Easy to use, effective, and highly beneficial for business growth. Highly recommended.”
SS
Sarawanan Simon
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊