Scan Barang, Terima Bayaran, Terus Cetak Resit
Niagawan PosPro untuk kedai runcit, minimart dan kedai retail: kaunter barcode, stok dan akaun dalam satu sistem.
Masalah Biasa Di Kaunter Kedai Runcit
Tak Pasti Stok Tinggal Berapa
Stok dikira manual, jadi angka atas kertas tak sama dengan barang atas rak. Restock jadi lambat, atau terlebih.
Jualan Kena Key In Semula
Jualan kaunter cuma ada dalam mesin cashier. Hujung bulan, ada orang kena taip semula dalam akaun.
Duit Kurang, Tak Tahu Sebab
Beberapa cashier guna cash drawer yang sama, tapi tak ada rekod siapa jual apa.
Apa Yang Anda Boleh Buat Di Kaunter
Scan, Bayar, Cetak Resit
Cashier scan barcode produk, pilih cara bayar dan cetak resit dari POS.
Stok Tinggal Berapa? Terus Semak.
Stok ditolak setiap kali barang dijual. Ada outlet lain? Tambah dengan add-on Multi-Branch.
Shift Dan Jualan Ikut Cashier
Buka dan tutup shift, dan tengok jualan setiap cashier.
Internet Putus, Masih Boleh Jual
Jualan tetap direkod, dan sync bila internet ada semula.
Jual Di POS, Rekod Terus Masuk Akaun
Jualan dari POS direkod dalam akaun tanpa perlu masukkan semula satu-satu.
e-Invois Dari Kaunter
Customer yang nak e-Invois boleh scan QR. Jualan lain anda hantar sendiri sebagai Consolidated e-Invois setiap bulan.
Macam Mana Ia Diguna Dalam Sehari
Waktu Customer Ramai
Cashier scan barang dan terus terima bayaran. Harga tak perlu dicari atau diingat.
Barang Laris Nak Habis
Semak baki stok dalam sistem, dan order sebelum barang habis.
Waktu Tutup Kedai
Tutup shift, semak jumlah tunai dalam Shift Report dan bandingkan dengan duit dalam cash drawer.
Berapa Harga Niagawan?
Bantuan WhatsApp percuma
Niagawan PosPro
POS + Sistem Akaun Niagawan
POS dan sistem akaun dalam satu sistem
- 2 pengguna + outlet utama
- Barcode, shift dan jualan ikut staff
- Mod offline
- Jualan kaunter terus direkod dalam akaun
- e-Invois dah termasuk
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Guna Device Sendiri, Atau Ambil Set Kaunter
Niagawan PosPro boleh diguna pada device yang sesuai kalau anda dah ada. Nak set kaunter lengkap? iMin Falcon 1 dah ada printer built-in. Scanner, printer tambahan dan cash drawer boleh ditambah ikut keperluan.
e-Invois Dah Termasuk Dalam Niagawan
e-Invois bukan tool berasingan dan tak ada caj tambahan. Buat invois macam biasa, dan hantar e-Invois ke LHDN dari sistem yang sama.
- Hantar e-Invois dari invois yang dah dibuat, tanpa portal berasingan
- Customer yang nak e-Invois boleh minta melalui QR
- Dengan add-on SST, SST dikira pada invois dan ada laporan cukai output. Penyata SST masih anda atau akauntan anda yang hantar
Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda
“Dah lebih 2 tahun guna Niagawan. Alhamdulillah mudah & user friendly. Semakin tahun semakin bertambah baik sistem dan layout. Customer service pun respon pantas & mudah berurusan.”
“I've been using Niagawan since 2021 and overall it's been a great experience. The system is easy to use, even for beginners, and it covers all the essential features to run an online business smoothly. What I like most is how user-friendly it is and how stable the platform has been over the years.”
“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
Cuba Demo Kedai Runcit
Buka demo dan cuba sendiri skrin jualan: scan barang, terima bayaran dan tengok rekod jualan.
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma