Niagawan
Akaun

Baki Event Selalu Lambat Dikutip?

Buat quotation dan invois untuk setiap event dalam Niagawan. Deposit dan baki direkod pada invois.

Masalah biasa

Customer Mana Belum Bayar Baki?

Customer tanya harga melalui WhatsApp dan transfer deposit. Bahan, upah pekerja dan sewa dibayar tunai sebelum event. Baki pula dibayar lepas event.

Baki lambat dikutipTak ada senarai customer yang belum bayar baki.

Harga event ikut agak-agakKos event yang lepas tak pernah dijumlahkan.

Deposit terpakai untuk benda lainDeposit masuk awal, dalam akaun bank yang sama dengan duit lain.

Resit hilangBelanja pasar dan sewa dibayar tunai, dan resit tak disimpan.

Susah nak tahu untung bisnes

Setiap event ada deposit, baki dan belanja. Kalau tak direkod, susah nak tahu berapa duit masuk, berapa keluar dan berapa yang tinggal.

Susah juga nak tahu baki mana yang patut diminta dulu.

Macam mana Niagawan bantu

Rekod Setiap Event Sebagai Invois

Belanja event direkod dalam sistem yang sama, jadi untung rugi bisnes boleh disemak.

01

Buat Quotation

Masukkan menu, bilangan tetamu, harga dan deposit. Kongsi dengan customer melalui WhatsApp.

02

Tukar Jadi Invois

Bila customer setuju, rekod deposit pada invois. Baki yang belum dibayar terus nampak.

03

Rekod Belanja

Masukkan belanja pasar, sewa dan upah pekerja pada hari anda bayar.

04

Rekod Baki

Bila baki masuk, rekod pada invois yang sama. Bayaran boleh dipadankan dengan bank statement.

Skrin dalam sistem

Fungsi Yang Anda Akan Guna

Semua ni ada dalam Sistem Akaun Niagawan. SST ialah add-on.

01 · Quotation & Deposit

Buat Quotation Dan Kongsi Melalui WhatsApp

Quotation disimpan dalam sistem, jadi senang dicari bila customer tanya semula.

  • Semua quotation ada dalam satu senarai
02 · Baki & Invois Customer Tetap

Semak Baki Yang Belum Dibayar

Lepas event, tengok siapa dah bayar dan siapa belum.

  • Baki yang belum dibayar disusun ikut tempoh
  • Setiap invois tunjuk jumlah, deposit dan baki
  • Untuk customer yang order setiap bulan, invois dibuat dalam sistem yang sama
03 · Belian & Perbelanjaan

Rekod Belanja Pasar, Upah Dan Sewa Khemah

Belanja ni selalunya dibayar tunai. Rekod dari telefon pada hari anda bayar.

  • Belian bahan direkod sebagai invois belian
  • Upah pekerja harian direkod sebagai belanja
  • Sewa khemah dan van direkod sebagai belanja
  • Packaging pun direkod sebagai kos
04 · Untung Rugi

Semak Untung Bisnes Bila-Bila Masa

Laporan Untung Rugi dikira dari invois, belian dan belanja yang direkod.

  • Jualan, kos dan untung bersih dalam satu laporan
  • Boleh pilih ikut bulan, tahun atau tarikh
  • Tak perlu kira dalam Excel
  • Tak perlu tunggu akauntan
05 · e-Invois & SST

e-Invois dah termasuk

e-Invois (LHDN MyInvois) percuma. SST boleh ditambah sebagai add-on (RM200/tahun).

  • Boleh dimatikan kalau belum perlu
  • Boleh setup awal sebelum client minta e-Invois
  • Dengan add-on SST, SST dikira pada invois
Berapa kos untuk mula

Bayar Software Saja

Guna telefon atau laptop yang anda dah ada. Software dibayar setahun sekali.

Pakej katering

Sistem Akaun Niagawan

Quotation, invois, resit, belanja dan bank reconciliation.

Software: bayar setahun sekali

Sistem Akaun Niagawan RM497
2 pengguna + outlet utama anda Termasuk
Recurring Invoice Termasuk
Bank reconciliation Termasuk
Tak perlu beli hardware

Tak perlu terminal, cash drawer atau scanner. Laptop atau telefon anda dah cukup.

Jumlah untuk mula RM497

Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM497 / tahun

Harga tidak termasuk SST.

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pengguna Niagawan

“Alhamdulillah syukur nikmat, saya telah menggunakan app Niagawan Plus ni di tahun yang keenam. App Niagawan ini amat bagus dan mudah untuk saya berikan quotation dan invois pada customer.”
HS
Halim Saad
Ulasan Google
“Dah pakai sejak 2021 product mereka, memang terbaik dan sangat membantu kepada peniaga yang tidak mempunyai background finance.”
AH
Ahmad Hafizuddin Zakaria
Ulasan Google
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google

Soalan Lazim

Ada Pelan Bulanan Atau Trial?
Belum ada. Bayaran setahun sekali. Kalau tak sesuai, ada jaminan pulang wang 14 hari.
Boleh Kira Untung Setiap Event?
Laporan Untung Rugi untuk keseluruhan bisnes, bukan ikut event. Untuk rujukan sendiri, anda boleh tulis nama event dalam nota belanja dan invois belian. Untung setiap event perlu dikira sendiri.
e-Invois Wajib Untuk Saya?
Bergantung pada bisnes anda. Semak dengan LHDN atau akauntan anda. Kalau belum perlu, fungsi e-Invois boleh dimatikan dulu.
Saya Dah Guna App Invois Lain. Kenapa Perlu Tukar?
App invois boleh keluarkan invois, tapi untung rugi masih kena kira di tempat lain. Dalam Niagawan, quotation, invois dan akaun ada dalam satu sistem.
Saya Guna Telefon Saja. Kalau Tersekat Macam Mana?
WhatsApp team support kami. Kami jawab dalam Bahasa Melayu.
WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊