Niagawan
POS

Jaga Gerai Seorang, Tak Sempat Rekod Jualan?

Ambil order guna iMin Falcon 1. Setiap jualan direkod dalam Niagawan, sama ada tunai atau e-wallet.

Masalah biasa

Hari Ni Jual Berapa?

Waktu sibuk, anda ambil order, masak dan terima duit seorang diri. Tunai masuk dalam tin, e-wallet masuk dalam telefon. Tak ada masa nak tulis jualan.

Barisan lambatSetiap order kena tunggu anda sempat layan.

Tunai dan e-wallet bercampurSusah nak asingkan duit jualan dengan duit sendiri.

Kos bahan naik, harga jual samaTanpa rekod belian, tak nampak untung makin kecil.

Tak ada rekod jualanBila nak mohon loan atau runding tapak, tak ada laporan untuk ditunjukkan.

Susah nak tahu untung gerai

Belanja pasar, gas, bekas dan minyak dibayar tunai dan tak ditulis. Jadi untung gerai tak pernah dikira.

Menu mana paling laku pun tak tahu.

Macam mana Niagawan bantu

Ambil Order Di POS, Jualan Terus Direkod

Niagawan PosPro diguna pada iMin Falcon 1. Tak perlu kaunter besar.

01

Masukkan Order

Tekan menu yang diorder pada skrin.

02

Cetak Resit

Resit dicetak dari printer built-in iMin Falcon 1.

03

Terima Bayaran

Tanda tunai atau e-wallet pada setiap jualan.

04

Semak Jualan

Tengok rekod jualan dalam sistem.

Skrin dalam sistem

Fungsi Yang Anda Akan Guna

Semua ni dah termasuk dalam Niagawan PosPro.

01 · Order & Terminal

Ambil Order Di POS

Menu dan harga ada pada skrin. Tekan item untuk rekod order.

  • Tak perlu kaunter atau terminal besar
  • Order direkod walaupun ramai order serentak
02 · QR Self-Order

Customer Boleh Order Sendiri Guna QR

Lekat kod QR di gerai. Customer scan dan pilih menu sendiri. Anda terima order tu dalam POS sebelum mula masak.

  • Dah termasuk dalam Niagawan PosPro, bukan add-on berbayar
  • Order kurang silap sebab customer pilih sendiri
  • Customer boleh order sementara anda masak
03 · Bayaran & Tutup Shift

Semak Duit Masa Tutup Gerai

Masa tutup gerai, semak jumlah tunai dalam Shift Report dan bandingkan dengan duit yang ada.

  • Tunai, DuitNow QR dan e-wallet direkod berasingan
  • Kalau duit lebih atau kurang, anda tahu pada hari yang sama
  • Jualan terus direkod dalam akaun
04 · Belian & Perbelanjaan

Rekod Belian Bahan Dan Belanja Gerai

Belian bahan dan belanja lain direkod pada hari anda bayar.

  • Belian bahan direkod sebagai invois belian dan masuk sebagai kos (COGS)
  • Gas, sewa tapak dan gaji direkod sebagai belanja
  • Kalau ada hutang dengan supplier, tarikh bayar direkod
05 · Untung Rugi & Laporan Akaun

Semak Untung Gerai

Laporan Untung Rugi dikira dari jualan tolak kos bahan dan belanja yang direkod.

  • Boleh pilih ikut bulan atau tarikh
  • Laporan boleh diguna untuk mohon loan atau runding tapak
Berapa kos untuk mula

Software Dan Set Kaunter Dalam Satu Pakej

Pakej ni ada software Niagawan PosPro, iMin Falcon 1 dan cash drawer. iMin Falcon 1 dah ada printer built-in untuk cetak resit.

Pakej gerai

Niagawan PosPro + Set Kaunter

Semua dalam senarai ni dah cukup untuk gerai mula jual.

iMin Falcon 1Laci wang (4-slot)

iMin Falcon 1 · Laci wang (4-slot)

Software: bayar setahun sekali

Niagawan PosPro RM797
2 pengguna + outlet utama anda Termasuk
QR ordering Termasuk

Set kaunter: beli sekali

iMin Falcon 1 RM1,600
Laci wang (4-slot) RM100
Jumlah untuk mula RM2,497

Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM797 / tahun

Harga tidak termasuk SST. Hardware jadi milik anda. Beli sekali, bukan sewa.

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pengguna Niagawan

“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google
“I've been using Niagawan since 2021 and overall it's been a great experience. The system is easy to use, even for beginners, and it covers all the essential features to run an online business smoothly. What I like most is how user-friendly it is and how stable the platform has been over the years.”
FF
Fadzli Fuzi
Ulasan Google
“System account yang mudah difahami dan mudah digunakan. Mempercepatkan setiap transaksi dan lebih senang memantau check and balance account.”
AA
Azreen Amiruddin
Ulasan Google

Soalan Lazim

Kena Bayar Setiap Tahun?
Ya, setahun sekali. Satu bayaran untuk POS dan akaun.
Saya Jaga Gerai Seorang. Sesuai Ke?
Sesuai. Satu mesin dah cukup untuk ambil order dan cetak resit.
Wajib Beli iMin Falcon 1?
Tak wajib. Kalau anda dah ada device yang sesuai dan cuma perlu cetak resit, printer Bluetooth saja dah cukup. Kalau guna iMin Falcon 1 dan perlukan printer tambahan, printer Bluetooth boleh ditambah sebagai add-on.
Kalau Internet Terputus, Macam Mana?
POS boleh guna offline. Jualan tetap direkod, dan sync bila internet ada semula. Bahagian akaun perlukan internet.
Boleh Nampak Jualan GrabFood Dan ShopeeFood?
Belum ada integrasi. Jualan platform perlu di-key in sendiri sebagai Cash Sale bila duit masuk bank.
Kalau Tak Sesuai, Boleh Refund?
Boleh. Langganan software ada jaminan pulang wang 14 hari, refund penuh. Hardware tidak termasuk.
WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊