Niagawan
e-Invois LHDN

Buat Invois Macam Biasa, e-Invois Dihantar Dari Sistem Yang Sama

e-Invois LHDN dah ada dalam Sistem Akaun Niagawan dan Niagawan PosPro. Setup sekali, dan tak perlu portal atau tool berasingan.

Portal e-Invois LHDN pada laptop

"Boleh bagi e-Invois?" Kalau cashier kena tanya TIN setiap customer, barisan di kaunter terhenti.

Kenapa e-Invois Senang Dengan Niagawan

Percuma, Dah Termasuk

Tak ada caj tambahan untuk e-Invois, dalam Sistem Akaun Niagawan dan Niagawan PosPro.

Customer Isi Butiran Sendiri Melalui QR

Setiap invois ada kod QR. Customer yang nak e-Invois scan dan isi TIN serta butiran sendiri.

Jualan Walk-In: Satu Consolidated e-Invois

Invois yang customer tak minta e-Invois boleh digabungkan dalam satu Consolidated e-Invois. Anda hantar sendiri setiap bulan.

Macam mana ia digunakan

Enam Langkah, Dari Setup Sampai Disahkan LHDN

e-Invois dihantar ke LHDN dari Sistem Akaun Niagawan atau dari kaunter POS, dan LHDN sahkan. Consolidated e-Invois perlu anda hantar sendiri setiap bulan.

1

Setup Sekali

Isi butiran e-Invois dalam Settings, dan tambah Niagawan sebagai intermediary dalam MyInvois. Langkahnya ditunjuk pada skrin.

2

Buat Invois Macam Biasa

Setiap invois ada kod QR Niagawan di bahagian bawah.

3

Customer Scan QR

Customer yang nak e-Invois scan QR tu dan isi butiran sendiri. Anda tak perlu tanya TIN.

4

Hantar Consolidated e-Invois

Invois yang customer tak minta e-Invois perlu anda hantar sendiri. Buka tab Consolidate dan hantar sebagai satu Consolidated e-Invois, selewat-lewatnya 7 hari bulan pada bulan berikutnya.

5

Self-Billed Untuk Supplier Tertentu

Beli dari supplier yang tak boleh keluarkan e-Invois, macam supplier luar negara atau individu? Buat Self-Billed e-Invois dalam Niagawan.

6

Disahkan LHDN

LHDN sahkan setiap e-Invois dan pulangkan kod QR pengesahan, yang disimpan pada e-Invois tu.

Apa Yang Ada Dalam e-Invois

Empat tab: Settings, Consolidate, Self Billed dan Laporan, serta panel e-Invois pada invois yang dah dihantar ke LHDN.

Setup Sekali Saja

Butiran syarikat yang LHDN perlukan, diisi sekali.

  • TIN, nombor pengenalan, kod MSIC, aktiviti bisnes dan nombor SST kalau ada
  • Maklumat hubungan, email dan alamat
  • Tambah Niagawan sebagai intermediary dalam MyInvois, ikut langkah pada skrin
  • Lepas disahkan, status jadi Active

Siapa yang buat: Owner atau akauntan isi sekali, sebelum e-Invois pertama.

Manfaat: Lepas setup, anda boleh hantar e-Invois dari invois anda.

QR Pada Invois

Kod QR Niagawan pada setiap invois, untuk customer yang nak e-Invois.

  • Customer scan dan isi butiran sendiri: individu, syarikat atau pembeli luar negara
  • Customer sahkan butiran sebelum dihantar
  • Sama untuk invois dari Sistem Akaun Niagawan atau kaunter POS

Siapa yang buat: Customer sendiri yang isi.

Manfaat: Kaunter tak perlu berhenti untuk tanya TIN, IC atau BRN.

Consolidated e-Invois

Untuk jualan yang customer tak minta e-Invois.

  • Tab Consolidate tunjuk berapa invois bulan tu yang belum digabungkan
  • Tekan Consolidate untuk gabungkan invois bulan tu dalam satu dokumen
  • Anda yang hantar. Sistem tak hantar secara automatik
  • Yang dah dihantar disenaraikan dengan tarikh hantar dan status

Siapa yang buat: Owner atau akauntan hantar setiap bulan dari tab Consolidate.

Manfaat: Jualan walk-in sebulan dihantar sebagai satu dokumen, bukan satu-satu.

Self-Billed e-Invois

Untuk belian dari supplier yang tak boleh keluarkan e-Invois.

  • Buat dari tab Self Billed
  • Termasuk supplier luar negara dan individu (Local Individual)
  • Belian tu direkod sebagai belanja dalam akaun
  • Dihantar ke LHDN macam e-Invois lain

Siapa yang buat: Staff yang rekod belian buat Self-Billed e-Invois.

Manfaat: Belian dari supplier luar negara atau individu pun boleh ada e-Invois.

Status e-Invois

Status setiap e-Invois dengan LHDN.

  • Pada invois yang dah dihantar, panel e-Invois tunjuk status: dihantar, disahkan atau ditolak
  • Kod QR pengesahan LHDN dipaparkan pada e-Invois yang disahkan
  • Kalau ditolak, betulkan butiran dan hantar semula dari panel yang sama

Siapa yang buat: Admin betulkan dan hantar semula kalau ada yang ditolak.

Manfaat: Anda tahu sama ada e-Invois dah disahkan, tanpa buka portal LHDN.

Batal, Credit Note Dan Laporan

Untuk e-Invois yang salah, dan untuk semak semua e-Invois.

  • e-Invois yang dah disahkan boleh dibatalkan dalam tempoh 72 jam
  • Selepas 72 jam, pembetulan dibuat melalui Credit Note
  • Tab Laporan senaraikan e-Invois dengan status dan jenis dokumen
  • Tapis dan export bila akauntan minta

Siapa yang buat: Admin batalkan atau buat Credit Note dari invois. Akauntan semak laporan.

Manfaat: Pembetulan dibuat dari invois yang sama dalam Niagawan.

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“Memudahkan urusan jual beli untuk company kami. Selain itu paperless juga dapat menjimatkan banyak kos company kami. E-invoice juga ada dalam sistem ni. TQ Niagawan.”
CB
cream_puff by_yana
Ulasan Google
“Terbaik sistem Accounting NIAGAWAN. SBA PEST SOLUTION telah menggunakannya selama 5 tahun. Sangat berpuas hati. Sangat mudah bagi mereka yang tiada asas perakaunan dan paling best, NIAGAWAN fill in automatic ke dalam format Lembaga Hasil Dalam Negeri.”
SA
Shahrin Ahmad
Ulasan Google
“Easy to navigate and a good mobile interface. What I like the most is their WhatsApp customer service. For people like me who don't know much about accounting and bookkeeping, this is very, very helpful.”
ME
Meor Ezammer
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊

Soalan Lazim

e-Invois Betul-Betul Percuma?
Ya. e-Invois dah termasuk dalam Sistem Akaun Niagawan dan Niagawan PosPro, tanpa caj tambahan.
Perlu Tanya TIN Customer?
Tak perlu. Setiap invois ada kod QR. Customer yang nak e-Invois scan dan isi butiran sendiri.
Invois Yang Customer Tak Minta e-Invois Macam Mana?
Invois tu tak dihantar secara automatik. Buka tab Consolidate, gabungkan invois bulan tu dalam satu Consolidated e-Invois dan hantar sendiri. Tarikh akhir ialah 7 hari bulan pada bulan berikutnya.
Kalau Beli Dari Supplier Luar Negara?
Buat Self-Billed e-Invois dalam Niagawan. Belian tu direkod dalam akaun sekali.
Ada Dua Kod QR. Apa Bezanya?
QR di bahagian bawah invois ialah QR Niagawan, untuk customer minta e-Invois. Lepas e-Invois dihantar, LHDN sahkan dan pulangkan kod QR pengesahan sendiri, yang disimpan pada e-Invois tu.