Niagawan
Modul tambahan

Invois Sama Setiap Bulan? Set Sekali.

Tetapkan customer, item, jumlah dan jadual sekali. Bila sampai tarikh, sistem keluarkan invois dan boleh terus email kepada customer. Sesuai untuk yuran bulanan pusat tuisyen, tadika dan gym, atau kontrak servis.

Kalau buat manual, setiap bulan anda kena salin invois bulan lepas, tukar tarikh dan email kepada setiap customer.

Macam mana ia digunakan

Setup Sekali, Invois Keluar Ikut Jadual

Isi satu profil untuk setiap customer. Lepas tu sistem ikut tarikh yang anda tetapkan.

1. Buat Profil

Masukkan nama dan email customer, item yang dibil dan jumlahnya. Satu profil untuk satu customer.

2. Tetapkan Jadual

Pilih kitaran, contohnya setiap bulan, setiap 2 minggu atau setiap 3 bulan, dan tarikh mula. Tarikh tamat boleh ditambah kalau kontrak ada tempoh.

3. Invois Keluar Ikut Tarikh

Bila sampai tarikh, invois dikeluarkan ikut setting anda, dan boleh terus diemail kepada customer. Semak siapa dah bayar dalam Generated Invoices.

Apa Yang Ada Dalam Recurring Invoice

Tiga tab: Recurring Profiles, Generated Invoices dan Settings.

Satu Profil Untuk Setiap Customer

Profil simpan siapa customer, apa yang dibil dan berapa kerap. Yuran setiap customer boleh berbeza.

Jadual Bil Dan Tarikh Mula

Tetapkan hari invois dikeluarkan untuk setiap kitaran. Tak ada invois keluar sebelum tarikh mula.

Pause Dan Sambung Semula

Customer cuti atau berhenti sekejap? Pause profil dia. Tak ada invois keluar sepanjang pause.

Keluarkan Dan Email Secara Automatik

Pilih sama ada invois terus diemail kepada customer, atau dikeluarkan dulu untuk anda semak sebelum dihantar.

Email Senarai Invois Sehari Sebelum

Sehari sebelum tarikh bil, anda terima email senarai invois yang akan keluar. Ada yang tak patut dibil? Skip dulu.

Jumlah Bil Yang Akan Datang

Tengok berapa profil aktif, dan jumlah yang akan dibil dalam 30 dan 90 hari akan datang.

Generated Invoices Dan Status Bayaran

Semak invois yang Paid, Partial atau Unpaid dalam Generated Invoices, dan tapis ikut bulan atau customer.

Status Email Dan Hantar Semula

Nampak sama ada email invois sampai atau gagal. Yang gagal boleh dihantar semula.

Dari Profil Sampai Customer Bayar

Buat profil sekali. Lepas tu, ini yang berlaku pada setiap tarikh bil.

Buat profil
Semak senarai esok
Invois dikeluarkan
Email kepada customer
Customer bayar
Semak status

Setiap bulan, yang anda perlu buat: tambah customer baru, pause customer yang berhenti, dan semak siapa belum bayar.

Sesuai Untuk

Pusat tuisyenTadika & prasekolahGym & studioKontrak maintenanceSewaanMembership & langgananTaska & pusat jagaanServis retainer
PERCUMA — dah termasuk

Dah termasuk dalam pelan Niagawan anda. Tak ada caj tambahan.

Soalan Lazim

Betul Ke Percuma?
Ya. Recurring Invoice dah termasuk dalam pelan Niagawan anda.
Kena Tekan Apa-Apa Setiap Bulan?
Tak perlu, kalau auto-generate dan auto-email dihidupkan. Kalau nak semak dulu, matikan auto-email dan semak setiap invois sebelum dihantar.
Boleh Bil Jumlah Berbeza Untuk Setiap Customer?
Boleh. Setiap profil ada item dan jumlah sendiri. Contohnya seorang pelajar RM180, seorang lagi RM320 termasuk yuran van.
Kalau Pelajar Berhenti Sebulan Dua?
Pause profil dia. Tak ada invois dikeluarkan sepanjang pause, dan profil boleh diaktifkan semula bila dia kembali.
Macam Mana Nak Tahu Siapa Dah Bayar?
Buka tab Generated Invoices. Setiap invois ada status Unpaid, Partial atau Paid, dan boleh ditapis ikut bulan.
Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“I've been using Niagawan since 2021 and overall it's been a great experience. The system is easy to use, even for beginners, and it covers all the essential features to run an online business smoothly. What I like most is how user-friendly it is and how stable the platform has been over the years.”
FF
Fadzli Fuzi
Ulasan Google
“Alhamdulillah syukur nikmat, saya telah menggunakan app Niagawan Plus ni di tahun yang keenam. App Niagawan ini amat bagus dan mudah untuk saya berikan quotation dan invois pada customer.”
HS
Halim Saad
Ulasan Google
“Dah pakai sejak 2021 product mereka, memang terbaik dan sangat membantu kepada peniaga yang tidak mempunyai background finance.”
AH
Ahmad Hafizuddin Zakaria
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊