Order Barang, Terima Stok, Kemudian Rekod Bayaran Supplier
Rekod belian dan belanja dalam Niagawan. Anda boleh semak bil supplier mana belum dibayar, dan bila perlu bayar.
Rekod Belian Dalam Tiga Langkah
Tak perlu tahu akaun. Rekod apa yang diorder, diterima dan dibayar.
1. Order Dari Supplier
Buat Purchase Order, atau terus rekod bil. Pilih supplier yang dah ada, dan terma bayarannya terus diisi.
2. Terima Barang Dan Rekod Bil
Semak barang yang sampai ikut order, kemudian rekod bil supplier. Bila stok masuk direkod, baki stok dan kos produk dikemas kini.
3. Rekod Bayaran
Bayar satu atau beberapa bil dalam satu payment voucher. Baki yang belum dibayar kepada supplier terus nampak.
Apa Yang Ada Dalam Perbelanjaan & Belian
Lapan fungsi, dari Purchase Order sampai refund. Semuanya guna senarai supplier dan produk yang sama.
Supplier
Simpan maklumat supplier sekali: terma bayaran, nombor cukai dan akaun bank. Lepas tu, pilih saja namanya pada setiap order dan bayaran.
Purchase Order
Rekod apa yang diorder dan harganya sebelum bayar. Bila supplier sahkan, tukar Purchase Order jadi bil tanpa taip semula.
Terima Barang (GRN)
Rekod barang yang betul-betul sampai, walaupun dihantar berperingkat. Stok masuk ikut apa yang diterima.
Purchase Invoice
Rekod bil supplier dengan due date. Anda boleh semak bil mana belum dibayar dan bila perlu bayar.
Bayaran Supplier
Bayar satu atau beberapa bil supplier yang sama dalam satu payment voucher. Baki supplier tu dikemas kini.
Expense
Untuk belanja harian yang tak ada bil supplier, macam sewa, utiliti dan minyak. Rekod terus dengan kategori dan jumlah.
Debit Note
Pulangkan barang kepada supplier? Buka Purchase Invoice asal, klik Debit Note, pilih barang yang dipulangkan dan simpan. Jumlah yang perlu dibayar berkurang, dan stok dilaraskan.
Refund Belian
Terlebih bayar supplier? Rekod duit yang supplier pulangkan ke akaun anda.
Dari Purchase Order Sampai Bayaran Supplier
Purchase Order jadi bil. Dari bil, anda rekod bayaran, Debit Note atau refund.
Setiap dokumen yang disimpan terus direkod dalam akaun, jadi jumlah hutang kepada supplier boleh disemak bila-bila masa.
Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda
“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
“System account yang mudah difahami dan mudah digunakan. Mempercepatkan setiap transaksi dan lebih senang memantau check and balance account.”
“Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke-6, menggunakan App Niagawan sangat memudahkan dalam semua urusan perniagaan serta perakaunan.”
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma