Berdaftar SST? SST Dikira Terus Pada Invois.
Add-on SST kira Cukai Jualan atau Cukai Perkhidmatan ikut produk masa anda buat invois, dan sediakan laporan cukai output untuk setiap tempoh bercukai. Penyata SST-02 masih anda atau akauntan anda yang hantar.
Bila berdaftar SST, setiap invois kena guna kadar cukai yang betul, dan hujung tempoh semua cukai kena dijumlahkan.
Tetapkan Cukai Pada Produk, Bukan Pada Setiap Invois
Kadar cukai ikut produk, jadi staff tak perlu pilih kadar masa buat invois.
1. Hidupkan SST
Tandakan syarikat berdaftar SST, masukkan nombor pendaftaran, tarikh mula dan tempoh bercukai (sebulan atau dua bulan sekali).
2. Tetapkan Tariff Produk
Pilih tariff untuk setiap produk. Tariff tentukan kod cukai, dan kod cukai tentukan kadar.
3. Buat Invois Macam Biasa
SST dikira pada invois ikut produk, dan direkod dalam akaun.
Apa Yang Ada Dalam Add-On SST
Lima tab: setting, laporan, kod cukai, kod tariff dan tariff produk.
Setting SST
Masukkan nombor pendaftaran, tarikh mula dan tempoh bercukai sekali. Laporan ikut tempoh tu.
Kod Cukai
Kadar disimpan pada kod cukai, jadi tak ada siapa perlu taip peratus dalam invois.
Kod Tariff
Kalau kadar berubah, tukar pada satu tariff, bukan pada setiap produk.
Tariff Produk
Tetapkan tariff untuk banyak produk sekali gus. Produk yang belum ada tariff pun nampak dalam senarai.
Laporan Cukai Output
Untuk setiap tempoh bercukai, laporan tunjuk nilai bercukai dan cukai output, dengan rujukan kotak SST-02.
Dari Produk Sampai Laporan Tempoh Bercukai
Tariff ditetapkan sekali pada produk.
Laporan ni untuk cukai output saja, iaitu SST yang anda caj pada jualan. Cukai input atas belian belum ada.
Sesuai Untuk
Add-on pilihan untuk bisnes berdaftar SST. e-Invois percuma dan dah termasuk.
Soalan Lazim
Berapa Harganya?
Sama Dengan e-Invois?
Niagawan Hantar SST-02 Ke Kastam?
Cukai Input Atas Belian Termasuk?
Tempoh Sebulan Atau Dua Bulan Sekali?
Kena Pilih Kadar Cukai Untuk Setiap Invois?
Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda
“Terbaik sistem Accounting NIAGAWAN. SBA PEST SOLUTION telah menggunakannya selama 5 tahun. Sangat berpuas hati. Sangat mudah bagi mereka yang tiada asas perakaunan dan paling best, NIAGAWAN fill in automatic ke dalam format Lembaga Hasil Dalam Negeri.”
“Memudahkan urusan jual beli untuk company kami. Selain itu paperless juga dapat menjimatkan banyak kos company kami. E-invoice juga ada dalam sistem ni. TQ Niagawan.”
“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma