Panel Mana Belum Bayar, Dan Berapa?
Bayaran pesakit walk-in direkod di kaunter. Lawatan pesakit panel direkod sebagai invois kepada syarikat panel, jadi anda boleh semak baki setiap panel.
Bayaran Panel Susah Nak Semak
Pesakit walk-in bayar di kaunter lepas jumpa doktor. Pesakit panel tak bayar di kaunter. Klinik claim dari syarikat panel, dan bayarannya masuk sebulan dua kemudian.
Panel bayar lambat atau kurangSatu bayaran untuk berpuluh lawatan. Kalau ada claim ditolak, susah nak perasan.
Claim kena taip semula setiap bulanLawatan panel ditulis dalam buku log, lepas tu ditaip semula untuk setiap syarikat.
Tunai kaunter tak boleh disemakTak ada rekod jualan untuk dibandingkan dengan duit dalam laci.
Tak tahu panel mana yang berbaloiTak ada rekod berapa yang dibilkan dan berapa lama panel ambil masa untuk bayar.
Jumlah yang panel belum bayar tak jelas
Jumlahnya ada dalam buku log dan statement. Kalau satu bayaran tak masuk, susah nak tahu yang mana.
Untung klinik pun cuma diketahui bila akauntan siapkan akaun.
Rekod Bayaran Walk-In Dan Invois Panel
Bayaran walk-in dan invois panel direkod dalam akaun yang sama.
Rekod Bayaran Walk-In
Masukkan konsultasi dan ubat di kaunter. Pilih cara bayar: tunai, kad atau e-wallet.
Buat Invois Panel
Lawatan panel dibilkan kepada syarikat panel.
Padankan Bayaran
Bila panel bayar, padankan dengan invois. Kalau bayaran kurang, anda nampak invois mana belum dibayar.
Semak Baki Panel
Tengok baki setiap panel dan untung rugi klinik.
Fungsi Yang Anda Akan Guna
Semua ni dah termasuk dalam Niagawan PosPro.
Rekod Bayaran Walk-In Di Kaunter
Konsultasi dan ubat dimasukkan di kaunter, dan invois dikeluarkan pada masa yang sama.
- Tak perlu tulis dalam buku dulu
- Setiap jualan direkod satu-satu
- Kutipan boleh disemak dengan tunai dalam laci
Semak Panel Mana Belum Bayar
Setiap lawatan panel direkod sebagai invois atas nama syarikat tu.
- Laporan aging tunjuk baki setiap panel ikut tempoh
- Tengok panel mana yang perlu di-follow up
Rekod Bil Supplier Ubat
Invois supplier ubat dan consumable direkod sebagai invois belian.
- Tarikh akhir bayar direkod
- Tak perlu rekod dalam Excel dulu
- Kos ubat masuk dalam laporan Untung Rugi
- Rekod boleh disemak oleh akauntan
e-Invois dah termasuk
Pesakit yang nak e-Invois boleh minta melalui QR. Jualan walk-in yang lain boleh digabungkan dalam Consolidated e-Invois, yang anda hantar sendiri setiap bulan.
- Laporan e-Invois tunjuk status setiap bulan
- Boleh setup awal
- Bukan add-on berbayar
Semak Untung Klinik Bila-Bila Masa
Laporan Untung Rugi dikira dari jualan walk-in dan panel, tolak kos ubat, locum dan sewa.
- Boleh pilih ikut bulan, tahun atau tarikh
- Tak perlu tunggu hujung tahun
- Rekod yang tersusun boleh diberi kepada akauntan
Software Dan Set Kaunter Dalam Satu Pakej
Pakej ni ada software Niagawan PosPro, terminal kaunter dan cash drawer.
Niagawan PosPro + Set Kaunter
Semua dalam senarai ni dah cukup untuk kaunter klinik.

iMin Falcon 1 · Laci wang (4-slot)
Software: bayar setahun sekali
Set kaunter: beli sekali
Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM797 / tahun
Harga tidak termasuk SST. Hardware jadi milik anda. Beli sekali, bukan sewa.
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Apa Kata Pengguna Niagawan
“Truly a helpful tool that played a big role in bringing my company to this level. Easy to use, effective, and highly beneficial for business growth. Highly recommended.”
“Easy to navigate and a good mobile interface. What I like the most is their WhatsApp customer service. For people like me who don't know much about accounting and bookkeeping, this is very, very helpful.”
“Memudahkan urusan jual beli untuk company kami. Selain itu paperless juga dapat menjimatkan banyak kos company kami. E-invoice juga ada dalam sistem ni. TQ Niagawan.”
Soalan Lazim
Boleh Sync Dengan Sistem Klinik (EMR)?
Panel Bayar Lump Sum. Macam Mana Nak Rekod?
Boleh Bayar Ansuran?
Boleh Buat Demo Di Klinik Saya?
Kalau Tak Renew, Data Hilang?
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma