Niagawan
Modul tambahan

Sewa Tiap Bulan? Tak Perlu Rekod Satu-Satu.

Tetapkan jumlah dan jadual sekali untuk belanja yang berulang macam sewa, internet, gaji dan KWSP. Bila sampai tarikh, sistem rekod belanja tu dalam akaun.

Kalau buat manual, belanja tetap yang sama kena di-key in semula setiap bulan.

Macam mana ia digunakan

Setup Sekali, Belanja Direkod Ikut Jadual

Isi butiran sekali untuk setiap belanja tetap. Lepas tu sistem ikut tarikh yang anda tetapkan.

1. Buat Profil

Masukkan penerima, kategori belanja, akaun bank atau tunai yang membayar, dan jumlahnya.

2. Tetapkan Jadual

Contohnya setiap bulan pada hari yang anda pilih, dengan tarikh mula. Tarikh tamat boleh ditambah.

3. Belanja Direkod

Pada setiap tarikh, belanja direkod dalam akaun. Nak semak dulu? Biarkan sebagai Pending dan luluskan sendiri.

Apa Yang Ada Dalam Recurring Expense

Tiga tab: profil, belanja yang direkod dan setting.

Satu Profil Untuk Setiap Belanja Tetap

Sewa, internet, gaji, KWSP dan PERKESO disetup sekali. Tak perlu key in semula setiap bulan.

Jadual Dan Masa

Pilih kitaran, hari dan masa belanja direkod, contohnya setiap bulan pukul 8:00 pagi.

Direkod Dalam Akaun

Belanja direkod pada kategori dan akaun bank atau tunai yang dipilih, dan masuk dalam laporan Untung Rugi.

Rekod Terus, Atau Luluskan Dulu

Pilih sama ada belanja terus direkod, atau tunggu sebagai Pending sampai anda luluskan.

Kalau Jumlah Bil Berubah

Bil utiliti bulan ni lain? Buka belanja tu, tukar jumlah dan lampirkan bil.

Senarai Belanja

Semua belanja yang direkod ada dalam satu senarai, dengan jumlah. Senang semak hujung bulan.

Pause, Cancel Dan Belanja Akan Datang

Tengok jumlah belanja tetap untuk 30 dan 90 hari akan datang, dan pause profil yang tak diguna.

Dari Profil Sampai Direkod Dalam Akaun

Buat profil sekali. Lepas tu, ini yang berlaku pada setiap tarikh yang ditetapkan.

Buat profil
Sampai tarikh
Direkod dalam akaun
Tukar jumlah / lampir bil
Senarai belanja
Untung Rugi

Recurring Expense cuma rekod belanja dalam akaun.

Sesuai Untuk

Sewa pejabat & utilitiGaji & caruman (KWSP/PERKESO/HRDF)Ansuran pinjaman & sewa beliLangganan softwareBil supplier tetapInsurans & retainer
PERCUMA — dah termasuk

Dah termasuk dalam pelan Niagawan anda. Tak ada caj tambahan.

Soalan Lazim

Betul Ke Percuma?
Ya. Recurring Expense dah termasuk dalam pelan Niagawan anda.
Sistem Bayarkan Bil Untuk Saya?
Tak. Sistem cuma rekod belanja dalam akaun ikut jadual. Bayaran masih anda buat sendiri di bank.
Kalau Jumlah Bulan Ni Lain?
Buka belanja yang direkod, tukar jumlah dan lampirkan bil sebenar. Belanja tu saja yang berubah.
Boleh Semak Dulu Sebelum Masuk Akaun?
Boleh. Matikan auto-approve, dan belanja tunggu sebagai Pending sampai diluluskan.
Boleh Lampirkan Bil Atau Resit?
Boleh. Lampirkan png, jpg atau pdf pada belanja tu.
Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pemilik Bisnes Macam Anda

“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
PL
Pak Lebai Kreatif
Ulasan Google
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google
“Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke-6, menggunakan App Niagawan sangat memudahkan dalam semua urusan perniagaan serta perakaunan.”
KH
Kamarol Hisham
Ulasan Google

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊