Setiap Bulan Buat Invois Yuran Yang Sama?
Tetapkan yuran setiap pelajar sekali saja. Setiap bulan, Niagawan keluarkan invois dan email kepada ibu bapa.
Siapa Belum Bayar Yuran Bulan Ni?
Setiap pelajar ada yuran bulanan. Setiap bulan invois kena dibuat untuk semua ibu bapa, dan lepas tu kena semak siapa dah bayar.
Rekod yuran atas kad pelajarKalau satu kad terlepas, susah nak perasan.
Kutipan kena key in dua kaliAngka atas kad kena ditaip semula dalam akaun.
Yuran lambat masukSewa dan gaji guru tetap perlu dibayar ikut tarikh.
Tak ada senarai yuran yang belum dibayarIbu bapa cuma diingatkan bila staff teringat.
Belanja pusat pun tak direkod
Fotostat, alat tulis, elektrik, sewa dan hari sukan dibayar sepanjang tahun, tapi tak direkod di satu tempat.
Jadi susah nak tahu pusat untung atau tak.
Tetapkan Yuran Sekali, Invois Keluar Setiap Bulan
Guna Recurring Invoice. Anda tak perlu buat invois yang sama setiap bulan.
Tetapkan Yuran
Buat profil untuk setiap pelajar dengan jumlah yuran dan tarikh invois.
Invois Dihantar
Setiap bulan, sistem email invois kepada ibu bapa.
Semak Bayaran
Tengok siapa dah bayar dan siapa belum dalam satu senarai.
Rekod Bayaran
Rekod bayaran pada invois yuran bila ibu bapa bayar.
Caj lain macam pendaftaran, exam atau hari sukan boleh dikeluarkan sebagai invois berasingan.
Fungsi Yang Anda Akan Guna
Semua ni dah termasuk dalam Sistem Akaun Niagawan.
Invois Yuran Keluar Setiap Bulan
Setiap pelajar ada profil sendiri, jadi yuran boleh berbeza.
- Tak perlu taip invois satu-satu
- Status setiap invois: belum bayar, bayar sebahagian atau dah bayar
Rekod Gaji Guru, Sewa Dan Bahan Mengajar
Setiap belanja direkod ikut kategori.
- Gaji guru
- Fotostat, alat tulis, elektrik dan sewa
- Kos hari sukan atau majlis
- Belian dari supplier direkod sebagai invois belian
Semak Untung Pusat Bila-Bila Masa
Laporan Untung Rugi dikira dari invois yuran dan belanja yang direkod.
- Boleh pilih ikut bulan, tahun atau tarikh
- Tak perlu tunggu akauntan
- Rekod sedia untuk laporan cukai
e-Invois dah termasuk
e-Invois (LHDN MyInvois) percuma dan dah ada dalam sistem.
- Invois yuran boleh dihantar sebagai e-Invois
- Tak perlu upload ke portal LHDN
- Boleh mula guna bila pusat anda perlu
Bayar Software Saja
Guna telefon atau laptop yang anda dah ada. Software dibayar setahun sekali.
Sistem Akaun Niagawan
Recurring Invoice, belanja, laporan Untung Rugi dan e-Invois.
Software: bayar setahun sekali
Tak perlu terminal, cash drawer atau scanner. Laptop atau telefon anda dah cukup.
Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM497 / tahun
Harga tidak termasuk SST.
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Apa Kata Pengguna Niagawan
“System account yang mudah difahami dan mudah digunakan. Mempercepatkan setiap transaksi dan lebih senang memantau check and balance account.”
“Terbaik sistem Accounting NIAGAWAN. SBA PEST SOLUTION telah menggunakannya selama 5 tahun. Sangat berpuas hati. Sangat mudah bagi mereka yang tiada asas perakaunan dan paling best, NIAGAWAN fill in automatic ke dalam format Lembaga Hasil Dalam Negeri.”
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
Soalan Lazim
Boleh Upload Bank Statement?
Ada Rekod Kehadiran Atau Report Card?
Perlu Tahu Akaun Untuk Guna?
Boleh Rekod Tajaan Dan Sumbangan?
Macam Mana Nak Rekod Elaun Owner?
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma