Niagawan
Akaun

Quotation Selalu Siap Lambat?

Buat quotation dari telefon masa masih di site, dan kongsi dengan client melalui WhatsApp.

Masalah biasa

Quotation Selalu Tertangguh Bila Kerja Di Site

Lepas tengok site, anda kira kos dan siapkan quotation. Kalau dapat kerja, anda keluarkan invois dan ambil deposit. Bahan dan upah pula dibayar setiap hari.

Susah buat quotation di siteExcel ada dalam laptop, dan laptop jarang dibawa ke site.

Quotation siap waktu malamLepas seharian di site, baru sempat buat quotation.

Kontraktor lain hantar duluBila quotation anda sampai, client mungkin dah pilih orang lain.

Resit belian hilangResit disimpan dalam poket atau van, dan senang hilang.

Susah nak tahu cash cukup atau tak

Bahan dan upah dibayar setiap hari. Bayaran dari client pula masuk ikut peringkat kerja.

Rekod yang lengkap pun diperlukan untuk cukai.

Macam mana Niagawan bantu

Buat Quotation, Invois Dan Rekod Belanja Dari Telefon

Semua boleh dibuat di site, tanpa tunggu balik ke pejabat.

01

Buat Quotation

Masukkan saiz kerja, kos bahan dan upah.

02

Tukar Jadi Invois

Bila dapat kerja, tukar quotation jadi invois dan rekod deposit pada invois.

03

Rekod Belian Dan Upah

Rekod bahan dan upah harian pada hari anda bayar.

04

Upload Gambar Resit

Masa rekod bayaran, upload gambar resit. Jadi masih ada salinan kalau resit hilang.

Bila invois dan belanja direkod pada hari yang sama, laporan Untung Rugi boleh disemak bila-bila masa.

Skrin dalam sistem

Fungsi Yang Anda Akan Guna

Semua ni dah termasuk dalam Sistem Akaun Niagawan.

01 · Quotation

Buat Quotation Di Site

Quotation disimpan dalam sistem dan boleh dikongsi melalui WhatsApp.

  • Quotation sampai kepada client lebih cepat
  • Tak perlu bawa laptop ke site
02 · Invois & Deposit

Tukar Quotation Jadi Invois Dan Rekod Deposit

Invois dibuat dari quotation yang sama. Deposit direkod pada invois, jadi baki yang belum dibayar nampak jelas.

  • Untuk kerja ikut peringkat atau LO kerajaan, keluarkan invois ikut apa yang dah siap
03 · Belian & Perbelanjaan

Rekod Bahan, Subkontraktor Dan Upah Harian

Belian dari kedai hardware dan bil subkontraktor direkod sebagai invois belian. Gambar resit boleh di-upload masa rekod bayaran.

  • Upah harian dan sewa jentera direkod sebagai belanja
04 · e-Invois

e-Invois dah termasuk

e-Invois (LHDN MyInvois) percuma dan dah ada dalam sistem.

  • Bukan add-on berbayar
  • Client yang nak e-Invois boleh scan QR dan isi maklumat sendiri
  • Untuk subkontraktor individu tanpa SSM, ada pilihan Self-Billed e-Invois (Local Individual)
05 · Untung Rugi

Semak Untung Rugi Syarikat Bila-Bila Masa

Laporan Untung Rugi dikira dari invois dan belian yang direkod.

  • Boleh pilih ikut bulan, tahun atau tarikh
  • Tak perlu tunggu akauntan
Berapa kos untuk mula

Bayar Software Saja

Guna telefon atau laptop yang anda dah ada. Software dibayar setahun sekali.

Pakej kontraktor

Sistem Akaun Niagawan

Quotation, invois, deposit, belanja dan laporan Untung Rugi.

Software: bayar setahun sekali

Sistem Akaun Niagawan RM497
2 pengguna + pejabat utama anda Termasuk
Recurring Expense Termasuk
Tak perlu beli hardware

Tak perlu terminal, cash drawer atau scanner. Laptop atau telefon anda dah cukup.

Jumlah untuk mula RM497

Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM497 / tahun

Harga tidak termasuk SST.

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pengguna Niagawan

“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
HS
Hanny Sabunku
Ulasan Google
“Easy to navigate and a good mobile interface. What I like the most is their WhatsApp customer service. For people like me who don't know much about accounting and bookkeeping, this is very, very helpful.”
ME
Meor Ezammer
Ulasan Google
“Alhamdulillah syukur nikmat, saya telah menggunakan app Niagawan Plus ni di tahun yang keenam. App Niagawan ini amat bagus dan mudah untuk saya berikan quotation dan invois pada customer.”
HS
Halim Saad
Ulasan Google

Soalan Lazim

Boleh Tengok Untung Rugi Ikut Projek?
Laporan Untung Rugi untuk keseluruhan syarikat, bukan ikut projek. Untuk rujukan sendiri, anda boleh tulis nama projek dalam nota belanja dan invois belian.
Kerani Saya Key In Data. Boleh Hadkan Akses Dia?
Boleh. Anda tetapkan role setiap pengguna, sama ada Admin atau Sale. Untuk tahu apa yang setiap role boleh buat, WhatsApp team kami.
Kalau Ada Masalah, Boleh Call?
Support kami melalui WhatsApp, dalam Bahasa Melayu.
Kalau Tak Sesuai, Boleh Refund?
Boleh. Ada jaminan pulang wang 14 hari. Refund penuh, tanpa banyak soal.
WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊