Niagawan
POS + Akaun

Stok Ikut Saiz Dan Warna Susah Nak Semak?

Dalam Niagawan PosPro, baju yang sama tapi saiz dan warna berbeza direkod sebagai variant berasingan. Setiap variant ada barcode, kos dan baki stok sendiri.

Masalah biasa

Saiz M Ada Lagi?

Satu design ada beberapa saiz dan warna. Jualan pula datang dari kaunter dan dari DM. Kalau stok dikira manual, susah nak tahu saiz mana yang masih ada.

Terjual barang yang dah habisHelai terakhir dijual di kedai, tapi ada customer online yang dah bayar untuk helai yang sama.

Saiz yang lambat laku tersimpan lamaModal masih ada dalam stok yang tak terjual.

Bayaran designer consignment ikut ingatanBarang designer bercampur dengan stok sendiri.

Harga diletak ikut rasaModal dan harga jual tak direkod, jadi tak tahu koleksi mana yang untung.

Susah Nak Tahu Untung Kedai

Setiap helai ada modal dan ada diskaun. Kalau tak direkod, susah nak tahu bulan ni kedai untung atau tak.

Duit pula ada di banyak tempat: tunai, transfer, e-wallet, dan bahagian designer yang belum dibayar.

Macam mana Niagawan bantu

Rekod Stok Ikut Saiz Dan Warna

Setiap jualan di kaunter tolak baki variant yang terjual, dan terus direkod dalam akaun.

01

Masukkan Stok

Daftar setiap saiz dan warna sebagai variant.

02

Scan Di Kaunter

Sistem tunjuk design, saiz dan warna. Cara bayar direkod pada jualan.

03

Rekod Order Online

Masukkan jualan dari DM, dan stok variant tu ditolak.

04

Semak Stok

Tengok baki setiap saiz dan warna sebelum jawab customer atau buat restock.

Skrin dalam sistem

Fungsi Yang Anda Akan Guna

Semua ni dah termasuk dalam Niagawan PosPro.

01 · POS Kaunter

Scan Barcode, Harga Terus Keluar

Sistem tunjuk design, saiz, warna dan harga.

  • Tak perlu cari harga
  • Bayaran tunai, kad, e-wallet atau QR direkod
  • Kaunter lebih cepat waktu sibuk
02 · Stok Ikut Saiz & Warna

Semak Stok Setiap Saiz Dan Warna

Stok tak dikira sebagai satu produk. Anda boleh semak saiz dan warna mana yang masih ada.

  • Order DM dan TikTok dimasukkan sendiri dalam sistem
  • Baki setiap saiz dan warna ada dalam satu senarai
  • Untuk barang yang designer letak di kedai anda, semak berapa unit yang terjual dan bayar designer ikut jumlah tu
03 · Belian & Perbelanjaan

Rekod Belian Stok Dan Belanja Kedai

Margin dikira dari kos belian yang direkod.

  • Belian stok, fabrik dan upah jahit direkod sebagai kos (COGS)
  • Sewa, utiliti dan penghantaran direkod sebagai belanja
  • Invois belian dan jualan ada dalam sistem yang sama
04 · Untung Rugi

Semak Untung Rugi Bila-Bila Masa

Jualan kaunter, invois, belian dan belanja direkod dalam akaun yang sama.

  • Untung kasar dan untung bersih dikira oleh sistem
  • Boleh pilih ikut bulan atau tarikh
  • Bayaran direkod ikut cara bayar
05 · e-Invois

e-Invois dah termasuk

Customer yang nak e-Invois boleh minta melalui QR. Jualan lain boleh digabungkan dalam Consolidated e-Invois, yang anda hantar sendiri setiap bulan.

  • e-Invois (LHDN MyInvois) percuma, bukan add-on
  • Status e-Invois boleh disemak
  • Boleh setup awal
Berapa kos untuk mula

Software Dan Set Kaunter Dalam Satu Pakej

Pakej ni ada software Niagawan PosPro, terminal kaunter, scanner barcode dan cash drawer.

Pakej butik

Niagawan PosPro + Set Kaunter

Semua dalam senarai ni dah cukup untuk kedai mula jual.

iMin Falcon 1Scanner BluetoothLaci wang (4-slot)

iMin Falcon 1 · Scanner Bluetooth · Laci wang (4-slot)

Software: bayar setahun sekali

Niagawan PosPro RM797
2 pengguna + outlet utama anda Termasuk
Consignment Termasuk
Senarai produk dengan barcode Termasuk

Set kaunter: beli sekali

iMin Falcon 1 RM1,600
Scanner Bluetooth RM200
Laci wang (4-slot) RM100
Jumlah untuk mula RM2,697

Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM797 / tahun

Harga tidak termasuk SST. Hardware jadi milik anda. Beli sekali, bukan sewa.

Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)

Google
4.7
500+ ulasan Google

Apa Kata Pengguna Niagawan

“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
PL
Pak Lebai Kreatif
Ulasan Google
“Memudahkan urusan jual beli untuk company kami. Selain itu paperless juga dapat menjimatkan banyak kos company kami. E-invoice juga ada dalam sistem ni. TQ Niagawan.”
CB
cream_puff by_yana
Ulasan Google
“I've been using Niagawan since 2021 and overall it's been a great experience. The system is easy to use, even for beginners, and it covers all the essential features to run an online business smoothly. What I like most is how user-friendly it is and how stable the platform has been over the years.”
FF
Fadzli Fuzi
Ulasan Google

Soalan Lazim

Saya Belum Faham e-Invois. Macam Mana?
e-Invois dah termasuk dalam sistem. Jualan kaunter yang customer tak minta e-Invois boleh digabungkan dalam Consolidated e-Invois, yang anda hantar sendiri setiap bulan. Kalau tak pasti, WhatsApp team kami.
Saya Dah Ada Printer Dan Scanner. Kena Beli Set Penuh?
Tak perlu. Guna hardware yang ada dan tambah yang perlu saja. Set kaunter dibayar sekali dan jadi milik anda. Belum ada ansuran, dan hardware tak boleh refund.
Macam Mana Nak Rekod Fee TikTok Shop?
Fee platform direkod sebagai kos, berasingan dari invois jualan. Anda masukkan sendiri, sebab sistem tak tarik data dari TikTok Shop.
Berapa Bayaran Untuk Outlet Kedua?
RM300 setahun untuk setiap outlet tambahan. Laporan jualan dan stok boleh disemak ikut outlet.
WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊