Masih Tulis Order Atas Kertas?
Dengan Niagawan PosPro, waiter masukkan order dalam tablet dan order terus keluar di printer dapur.
Bila Customer Ramai, Order Mudah Tertinggal
Waiter tulis order atas slip dan hantar ke dapur. Lepas makan, cashier kira bil ikut slip yang sama. Cara ni tak ada masalah waktu lengang, tapi susah bila customer ramai.
Order salah atau lambat sampai ke dapurSlip lambat dihantar, atau tulisan salah dibaca.
Tak tahu jualan hari ini kalau tak ada di kedaiKena call staff atau tunggu balik kedai.
Duit dalam laci tak boleh disemakTak ada rekod jualan untuk dibandingkan dengan duit yang ada.
Ada jualan yang tak direkodSlip hilang atau tak sempat disimpan waktu sibuk.
Susah nak tahu untung kafe
Untuk tahu untung, kos bahan, gaji staff dan sewa perlu ditolak dari jualan. Kalau slip jualan dan resit belian tak dikumpul, untung cuma diketahui bila akauntan siapkan akaun hujung tahun.
Bil supplier pun susah nak disemak: bil mana belum dibayar, dan bila perlu bayar.
Jualan Dari POS Terus Direkod Dalam Akaun
Dalam Niagawan PosPro, POS dan sistem akaun ialah sistem yang sama. Order yang waiter masukkan jadi bil di kaunter, dan bil yang dibayar jadi rekod jualan.
Masukkan Order
Waiter pilih meja dan menu dalam tablet.
Order Keluar Di Dapur
Printer dapur cetak order, jadi waiter tak perlu hantar slip.
Terima Bayaran
Customer bayar di kaunter. Pilih cara bayar: tunai, e-wallet atau kad.
Semak Jualan
Tengok rekod jualan dalam sistem.
Kalau guna POS dan sistem akaun yang berasingan, jualan kena key in semula setiap bulan.
Fungsi Yang Anda Akan Guna
Semua ni dah termasuk dalam Niagawan PosPro.
Order Dari Meja Terus Keluar Di Dapur
Order dicetak di printer dapur ikut kategori.
- Beberapa tablet boleh ambil order pada masa yang sama, dan order sync secara automatik
- Dine-in dan take-away guna kaunter yang sama
Customer Boleh Order Sendiri Guna QR
Customer scan QR di meja dan pilih menu sendiri. Cashier terima order tu dalam POS, lepas tu order sampai ke dapur.
- Dah termasuk dalam Niagawan PosPro, bukan add-on berbayar
- Order kurang silap sebab customer pilih sendiri
- Waiter ada lebih masa untuk hantar makanan dan kemas meja
Semak Duit Masa Tutup Shift
Masa tutup shift, semak jumlah tunai dalam Shift Report dan bandingkan dengan duit yang ada dalam cash drawer.
- Cara bayar direkod pada setiap jualan: tunai, DuitNow QR, e-wallet atau kad
- Tak perlu kira semula dari slip
- Setiap jualan ada nama staff yang key in
- Kalau duit lebih atau kurang, anda tahu pada hari yang sama
Rekod Belian Bahan Dan Belanja Kedai
Kopi, susu dan bahan lain yang dibeli dari supplier direkod sebagai invois belian.
- Kos bahan (COGS) dikira dari invois belian
- Sewa, gaji staff dan utiliti direkod sebagai belanja
- Setiap invois supplier ada tarikh due
Semak Untung Kafe Setiap Bulan
Laporan Untung Rugi dikira dari jualan POS, kos bahan dan belanja yang direkod.
- Untung Rugi dan Balance Sheet boleh diguna untuk filing cukai atau diberi kepada akauntan
- Boleh disemak bila-bila masa
Software Dan Set Kaunter Dalam Satu Pakej
Pakej ni ada software Niagawan PosPro, mesin kaunter, printer dapur dan cash drawer.
Niagawan PosPro + Set Kaunter
Semua dalam senarai ni dah cukup untuk kafe mula ambil order.


iMin Falcon 1 · Printer WiFi · Laci wang (4-slot)
Software: bayar setahun sekali
Set kaunter: beli sekali
Lepas tahun pertama, anda cuma renew software RM797 / tahun
Harga tidak termasuk SST. Hardware jadi milik anda. Beli sekali, bukan sewa.
Jaminan 14 hari wang dikembalikan — full refund, tiada soalan rumit. (Langganan software sahaja; hardware tidak termasuk.)
Apa Kata Pengguna Niagawan
“Sistem yang sangat memudahkan urusan saya khususnya berkaitan keluar masuk duit, profit loss dan sebagainya. Fungsi yang sangat best dan mudah untuk digunakan. Hanya klik-klik sahaja dah settle.”
“Memudahkan urusan jual beli untuk company kami. Selain itu paperless juga dapat menjimatkan banyak kos company kami. E-invoice juga ada dalam sistem ni. TQ Niagawan.”
“System yang banyak membantu saya track record dan bill customer-customer saya di mana saya berada. Sistem mudah dan sangat membantu. Jika tak faham terus ke widget dan dapatkan bantuan dari team Niagawan. Recommended yang nak mudah dan ringkas.”
Soalan Lazim
Kalau Internet Terputus, Macam Mana?
Set Kaunter Bayar Sekali, Atau Boleh Ansuran?
Kalau Tak Tahu Setup Atau Printer Ada Masalah, Nak Tanya Siapa?
Boleh Buat e-Invois LHDN?
Kalau Tak Sesuai, Boleh Refund?
Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma