Purchase Invoice (Invois Belian): Maksud, Contoh dan Cara Rekod
Barang dah sampai. Sekali dengan barang tu, supplier hulur sekeping kertas, atau hantar PDF dalam WhatsApp, tertulis “Invoice”. Dua soalan terus datang: ini dokumen apa, dan kena bayar sekarang ke?
Lepas tu datang soalan kedua, yang lebih susah: nak buat apa dengan bil ni supaya tak hilang, tak terlupa, dan tak terbayar dua kali?
Halaman ni jawab dua-dua.
Purchase invoice, dalam bahasa Melayu invois belian, ialah bil yang supplier hantar kepada anda selepas anda beli barang atau servis daripada dia.
Ia tunjuk apa yang anda beli, berapa jumlahnya, dan bila anda perlu bayar. Selagi belum dibayar, jumlah tu ialah hutang bisnes anda kepada supplier.
Isi Kandungan
- 01. Apa Itu Purchase Invoice (Invois Belian)
- 02. Contoh Purchase Invoice Lengkap
- 03. Purchase Invoice, Sales Invoice dan Resit
- 04. Bila Bil Supplier Sampai: Apa Yang Perlu Disemak
- 05. Bil Dah Banyak, Di Sinilah Mula Kelam-Kabut
- 06. Cara Simpan Rekod Invois Belian Supaya Tak Tercicir
- 07. Cara Urus Invois Belian Dalam Niagawan
- 08. Muat Turun Templat Purchase Invoice Percuma
- 09. Soalan Lazim Tentang Purchase Invoice
01. Apa Itu Purchase Invoice (Invois Belian)
Purchase invoice ialah bil daripada supplier (pembekal) untuk barang atau servis yang anda dah beli.
Yang keluarkan dokumen ni ialah supplier, bukan anda. Anda cuma terima, semak, dan bayar.
Satu perkara yang ramai keliru: dokumen yang sama ada dua nama, ikut siapa yang pegang.
- Bagi supplier, ia sales invoice, sebab dia yang menjual.
- Bagi anda, ia purchase invoice, sebab anda yang membeli.
Kertasnya sama. Yang lain cuma namanya.
Sebab tu bil yang anda terima selalunya cuma tulis “Invoice” atau “Tax Invoice”. Jangan cari perkataan “Purchase Invoice” atas kertas tu, memang tak ada. Nama tu cuma keluar bila anda key in bil tu dalam rekod belian atau sistem akaun.
02. Contoh Purchase Invoice Lengkap
Ini contoh bentuknya. Kedai Runcit Aman Enterprise terima barang daripada Syarikat Bekalan Maju Sdn Bhd, dan ini bil yang datang bersama. Semua nama dan nombor hanya contoh, bukan data pelanggan sebenar.
| Perkara | Butiran |
|---|---|
| Daripada (supplier) | Syarikat Bekalan Maju Sdn Bhd |
| Kepada (pembeli) | Kedai Runcit Aman Enterprise |
| No. invois | PI-2026-0417 |
| Tarikh invois | 12 Ogos 2026 |
| Rujukan | PO-2026-0331 · DO-2026-0402 |
| Tempoh bayaran | 30 hari, tarikh akhir 11 September 2026 |
| Barang | Kuantiti | Harga seunit (RM) | Jumlah (RM) |
|---|---|---|---|
| Beras Super Tempatan 10kg | 40 | 32.00 | 1,280.00 |
| Minyak Masak 5kg | 24 | 27.50 | 660.00 |
| Gula Halus 1kg | 100 | 3.20 | 320.00 |
| Tepung Gandum 1kg | 60 | 2.90 | 174.00 |
| Jumlah perlu dibayar | 2,434.00 | ||
| Bayaran sebahagian, 20 Ogos 2026 | 1,000.00 | ||
| Baki belum bayar | 1,434.00 |
Empat baris yang paling penting untuk anda:
- Nama supplier: siapa yang anda kena bayar.
- No. invois: nombor yang anda sebut bila bayar, supaya supplier tahu bil mana yang dah selesai.
- Tarikh akhir bayaran: bila duit perlu keluar.
- Baki belum bayar: berapa lagi yang tinggal. Dalam contoh ni, RM1,434.
Supplier dalam contoh ni tak kenakan SST, jadi tiada baris SST. Kalau supplier anda kenakan SST, ia ada baris sendiri sebelum jumlah akhir.
03. Purchase Invoice, Sales Invoice dan Resit
Tiga dokumen ni selalu bercampur. Bezanya senang saja kalau tengok dari sudut duit anda.
| Dokumen | Siapa keluarkan | Maksudnya untuk duit anda |
|---|---|---|
| Purchase invoice | Supplier, kepada anda | Duit yang anda perlu bayar |
| Sales invoice | Anda, kepada pelanggan | Duit yang anda akan terima |
| Resit | Sesiapa yang terima bayaran | Bukti duit dah dibayar |
Purchase order pula lain cerita. Itu pesanan yang anda hantar sebelum barang sampai. Kalau itu yang anda cari, baca beza purchase order dan purchase invoice.
04. Bila Bil Supplier Sampai: Apa Yang Perlu Disemak
Bil sampai masa anda tengah sibuk. Lori tengah punggah barang, pelanggan tengah tunggu di kaunter. Paling senang, tandatangan dan simpan dulu dalam laci.
Di situlah masalah bermula. Bil tu mungkin tak sama dengan apa yang anda pesan, atau tak sama dengan apa yang betul-betul sampai.
Sebelum simpan atau bayar bil tu, tengok tiga benda dulu:
- Sama tak dengan pesanan? Harga dan kuantiti dalam bil patut sama dengan purchase order yang anda hantar.
- Sama tak dengan barang yang sampai? Pesan 100 kampit, bil tulis 100, tapi yang turun dari lori cuma 90.
- Pernah terima bil ni sebelum ni? Supplier kadang-kadang hantar bil yang sama dua kali: sekali atas kertas, sekali dalam emel.
Kalau ada yang tak sama, tanya supplier sebelum bayar, bukan selepas. Apa nak buat bila bil tak sama dengan pesanan ada dalam panduan purchase order, dan dokumen yang datang bersama barang diterangkan dalam panduan delivery order.
05. Bil Dah Banyak, Di Sinilah Mula Kelam-Kabut
Satu bil daripada satu supplier memang senang nak urus. Yang susahnya bila semua bil perlu dijaga serentak.
Tapi jarang ada bisnes yang cuma ada satu supplier. Ada supplier beras, supplier minuman, supplier plastik, supplier gas. Setiap satu hantar bil dengan cara sendiri.
- Ada yang bagi kertas bersama barang.
- Ada yang hantar gambar dalam WhatsApp.
- Ada yang emel PDF hujung bulan.
Setiap bil pula ada tarikh akhir yang berlainan. Ada yang 7 hari, ada yang 30 hari, ada yang minta tunai masa barang sampai.
Lama-lama, benda macam ni mula jadi:
- Bil terbayar dua kali. Staf bayar ikut kertas hari Isnin. Hari Khamis PDF yang sama masuk emel, dan anda bayar sekali lagi.
- Tarikh akhir terlepas. Supplier telefon tanya pasal bayaran. Barang minggu depan ditahan sampai bil lama selesai.
- Bayar sekali gus, tapi tak tahu bil mana yang dah selesai. Anda pindahkan RM5,000 kepada supplier untuk beberapa bil. Bulan depan, anda dan supplier sama-sama tak pasti bil mana yang belum selesai.
- Hujung bulan, tak ada angka. Ada orang tanya, “Kita hutang supplier berapa lagi?” Nak jawab, kena selak semua bil satu-satu.
Makin banyak bil, makin kerap benda ni jadi. Kerja semaknya sama saja, cuma kena ulang untuk setiap bil, tiap-tiap minggu, sambil anda jaga kedai, staf dan pelanggan.
06. Cara Simpan Rekod Invois Belian Supaya Tak Tercicir
Sekarang ni mungkin bil masuk fail, gambar tinggal dalam WhatsApp, dan bayaran cuma nampak dalam bank statement. Semua ada, tapi tak duduk di satu tempat.
Tak kira anda guna buku, Excel atau sistem, empat benda ni kena ada sekali untuk setiap bil:
- Bil tu sendiri: supplier mana, no. invois, jumlah.
- Tarikh akhir bayaran.
- Status: belum bayar, bayar sebahagian, atau dah selesai.
- Bukti bayaran: slip bank atau resit, disimpan bersama bil tu.
Kalau empat-empat ni ada di satu tempat, anda tak perlu cari lama untuk jawab “dah bayar ke belum?”.
Cara manual masih boleh jalan kalau bil anda sikit. Satu fail Excel dengan satu baris untuk setiap bil dah cukup. Templat percuma di bawah ada helaian macam tu.
Cuma bila bil dah banyak, Excel pun mula tak terkejar. Tarikh akhir dah dekat, tapi tiada siapa perasan sebab tak ada yang buka fail tu. Bil yang sama boleh masuk dua kali. Dan setiap kali bayar, kena ada orang ingat untuk update. Terlupa sekali, baki dalam fail tu dah tak boleh dipercaya.
Bila purchase invoice direkod, belian atau stok anda bertambah (debit), dan hutang kepada supplier pun bertambah (kredit). Bila anda bayar, hutang tu turun semula.
07. Cara Urus Invois Belian Dalam Niagawan
Empat benda tadi semuanya kerja yang sama, diulang untuk setiap bil. Kalau semuanya direkod di satu tempat, anda tak perlu simpan dalam kepala bil mana dah bayar dan bil mana belum. Dalam Niagawan, macam ni ia diurus:
| Masalah | Macam mana ia diurus dalam Niagawan |
|---|---|
| Bil perlu ditaip semula, dan takut tak sama dengan pesanan | Purchase order yang anda dah buat boleh terus ditukar jadi invois belian. Barang yang dipesan tak perlu ditaip semula. |
| “Dah bayar ke belum?” dan tiada bukti | Rekod bayaran dan buat baucar bayaran dari aliran yang sama. Resit boleh dilampirkan sekali. |
| Bayar sekali gus untuk beberapa bil | Satu bayaran boleh dipadankan dengan beberapa invois daripada supplier yang sama. |
| Hujung bulan, tak tahu berapa lagi hutang | Satu laporan tunjuk berapa lagi anda hutang, dan kepada supplier mana. |
Bil masih perlu disemak, sistem tak buat tu untuk anda. Cuma anda tak perlu ingat dan kira semuanya sendiri.
Semua ni ada dalam satu sistem akaun: Niagawan Plus.
Nak tengok langkahnya satu per satu?
- Tengok macam mana rekod invois belian dalam Niagawan
- Cara rekod bayaran kepada supplier
- Bayar beberapa invois sekali gus
- Tetapkan tarikh akhir bayaran pada invois
- Cara batalkan invois belian yang tersilap
08. Muat Turun Templat Purchase Invoice Percuma
Templat atau sistem? Kalau bil supplier anda cuma beberapa keping sebulan, templat dah cukup. Kalau tiap-tiap minggu anda kena cari bil mana yang belum dibayar, masa tu sistem lebih berbaloi.
| Fail | Sesuai untuk | Muat turun |
|---|---|---|
| Excel (.xlsx) | Ada formula, dan satu helaian daftar bil untuk jejak tarikh akhir, jumlah dibayar dan baki. | Excel |
| Word (.docx) | Kalau anda lebih suka menaip. | Word |
| PDF kosong | Untuk dicetak dan diisi dengan tangan. | PDF kosong |
| PDF contoh | Bil Kedai Runcit Aman di atas, dah siap diisi. | PDF contoh |
Percuma, tak perlu daftar. Ruangan dalam fail ni berlabel Inggeris, sebab itu yang biasa diguna antara bisnes di Malaysia. Maksudnya: Description = barang, Qty = kuantiti, Unit price = harga seunit, Amount = jumlah, Balance outstanding = baki belum bayar.
09. Soalan Lazim Tentang Purchase Invoice
Apa itu purchase invoice?
Purchase invoice ialah bil yang supplier hantar kepada anda untuk barang atau servis yang anda beli. Dalam bahasa Melayu ia dipanggil invois belian.
Siapa yang keluarkan purchase invoice?
Supplier. Anda sebagai pembeli cuma terima dan rekod. Bagi supplier, dokumen yang sama ialah sales invoice dia.
Apa beza purchase invoice dengan resit?
Purchase invoice minta anda bayar. Resit pula bukti anda dah bayar. Contoh resit ada dalam panduan contoh resit.
Apa itu PO dan PI?
PO ialah purchase order, iaitu pesanan yang anda hantar kepada supplier. PI pula, bila cakap pasal belian, ialah purchase invoice, iaitu bil yang supplier hantar balik selepas barang dihantar. Lihat panduan purchase order.
Purchase invoice debit atau kredit?
Dua-dua. Belian atau stok anda bertambah (debit), dan hutang kepada supplier bertambah (kredit).
Perlu ke simpan purchase invoice lepas bayar?
Ya. Ia bukti belian bisnes anda. Simpan bersama bukti bayarannya supaya senang nak semak balik.
Beritahu kami macam mana anda urus bil supplier sekarang. Kami tunjukkan macam mana ia direkod dalam Niagawan, guna contoh bisnes anda sendiri.
Ditulis oleh Bryant Gan, Pengasas Niagawan · Diterbitkan 1 Oktober 2026