Niagawan
Get Started ·23 Disember 2024

Cara Rekod Opening Stock Dalam Niagawan: Panduan Lengkap

Cara Rekod Opening Stock Dalam Niagawan: Panduan Lengkap

Cara Rekod Opening Stock Dalam Niagawan

Opening Stock merujuk kepada nilai stok yang ada di tangan sebelum jualan bermula. Untuk merekodkan Opening Balance Stok, anda perlu mengambil kira kuantiti dan harga per unit produk. Contoh pengiraan:

Contoh:
Kuantiti produk di kedai: 50 unit
Harga per unit: RM 3.50
Nilai Opening Stock: 50 x RM 3.50 = RM 175.00

Kuantiti stok awal ni datang daripada kiraan sendiri barang atas rak dan dalam stor. Cara kira dan catat dalam kad stok ada dalam panduan rekod stok barang.

Ikuti langkah berikut untuk memasukkan Opening Balance Stok dalam sistem Niagawan.

Langkah-Langkah Rekod Opening Balance Stok

  1. Akses Menu Perakaunan
    Pergi ke menu Perakaunan pada dashboard utama.
  2. Buka Entri Lejar
    Klik pada bahagian Entri Lejar untuk merekodkan data perakaunan.
  3. Gunakan Tab Entri Pantas
    Di dalam Entri Lejar, pilih tab Entri Pantas dan cari pilihan Jurnal Pembukaan.
  4. Masukkan Maklumat Jurnal
    Tarikh: Masukkan tarikh yang relevan untuk rekod ini.
    Ledger: Pilih Belian Stok/Inventori (Current Asset) sebagai kategori akaun.
  5. Simpan Rekod
    Klik butang Save untuk menyimpan rekod Opening Balance Stok anda.

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh memastikan rekod Opening Stock disimpan dengan betul dan mematuhi kaedah perakaunan.

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊