Niagawan
Get Started ·20 Disember 2024

Cara Setup Akaun Niagawan: Panduan Lengkap Untuk Bisnes Anda

Cara Setup Akaun Niagawan: Panduan Lengkap Untuk Bisnes Anda

Cara Setup Akaun Dalam Niagawan

Untuk mula menggunakan sistem Niagawan, langkah pertama adalah menyediakan tetapan akaun anda dengan memasukkan butiran bisnes. Berikut adalah panduan lengkap:

1. Tetapan - Am

Di bahagian ini, masukkan butiran asas syarikat anda:

Syarikat:

  • Nama Bisnes (tidak boleh diedit setelah dimasukkan).
  • Nombor SSM.
  • Butiran alamat.
  • Akhir tahun kewangan.
  • Mata wang yang digunakan.
  • Pilihan perpuluhan harga (contoh: 0.00).

Bank/Tunai: Tambahkan sumber pembayaran syarikat seperti akaun bank atau tunai.

Kaedah Penghantaran:
Masukkan kaedah penghantaran yang digunakan (contoh: Poslaju, COD).

2. Tetapan - Pengguna

Berikan akses kepada staf dengan langkah berikut:

  1. Klik + Baru untuk menambah pengguna.
  2. Masukkan:
    • Nama Pengguna (Username): Haruslah satu perkataan tanpa ruang.
    • Kata Laluan
    • Peranan:
      1. Admin: Boleh edit, delete, dan lihat semua rekod.
      2. Jualan: Tidak boleh edit atau delete rekod lain, hanya melihat rekod mereka sendiri.
  3. Klik Tab Akses Pengguna untuk tandakan fungsi yang staf boleh akses.

3. Tetapan - Dokumen

Di bahagian ini, lengkapkan dokumen yang diperlukan:

  • Logo Syarikat: Muat naik logo anda.
  • Template: Pilih antara Klasik atau Moden.
  • Terma dan Syarat: Masukkan terma invois anda.
  • Jenis Tandatangan: Muat naik cop syarikat atau tandatangan digital.

4. Tetapan - Produk

Organisasi produk anda dengan:

  • Kategori: Pisahkan kumpulan produk kepada kategori tertentu.
  • Jenis Harga (Price Type): Contoh, untuk ejen atau dropship.
  • Unit Ukuran: Ubah tetapan titik perpuluhan jika perlu.

5. Tetapan - Perakaunan

Tambah lejar baru untuk perakaunan syarikat. Ikuti panduan lengkap di pautan berikut: Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊