Niagawan
Get Started ·27 Disember 2024

Langkah Rekod Opening Balance Aset dengan Niagawan

Cara Rekod Opening Balance Asset

Aset adalah harta yang bernilai dan dimiliki oleh syarikat seperti bangunan, tanah, perabot, kereta, komputer, dan lain-lain. Aset ini digunakan dalam jangka masa panjang dan bukan untuk tujuan jualan semula.

Jika bisnes anda memiliki aset, pastikan anda merekodnya dalam sistem Niagawan. Ikuti langkah berikut:

Langkah-Langkah Rekod Opening Balance Asset

  1. Pergi ke Menu Perakaunan
    Masuk ke bahagian Perakaunan pada sistem Niagawan.
  2. Klik Entri Lejar
    Klik pada pilihan Entri Lejar untuk mula merekodkan data.
  3. Klik tab Entri Pantas
    Dalam tab ini, pilih Jurnal Pembukaan untuk memasukkan rekod awal.
  4. Masukkan Tarikh
    Pastikan tarikh yang dipilih adalah tarikh mula aset direkodkan.
  5. Pilih Ledger Berkaitan
    Sebagai contoh, pilih ledger seperti Bangunan, Kenderaan, atau Perabot di bahagian Particular.
  6. Klik Save
    Simpan rekod untuk memastikan ia direkodkan dalam sistem.

Nota Tambahan

  • Gunakan ledger yang sesuai dengan kategori aset syarikat anda.
  • Contoh ledger untuk aset termasuk Tanah, Komputer, atau Perabot Pejabat.
  • Pastikan nilai aset direkodkan dengan tepat untuk laporan kewangan yang lebih teratur.
WhatsApp

Cari sistem Akaun atau POS untuk bisnes anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Semua modul termasuk · Upgrade & backup percuma · Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊