Niagawan
Perbelanjaan / Belian Panduan ·6 Disember 2024

Cara Jana Penerimaan Barang (Goods Received) dengan Mudah

Cara Jana Penerimaan Barang (Goods Received) dengan Mudah

Jika mendapati Invois Belian tidak mempunyai dokumen Penerimaan Barang (Goods Received atau GR), anda boleh menjana GR baharu dengan langkah berikut:

Semak Invois Belian

  1. Periksa terlebih dahulu invois belian yang tiada dokumen penerimaan barang.
  2. Salin nombor invois belian untuk digunakan semasa proses GR.

Cara Pertama: Jana GR Secara Automatik

  1. Pergi ke Menu Belian
    Pilih Menu Belian di sistem.
  2. Klik Penerimaan Barang / Goods Receive (GR)
    Masuk ke bahagian Penerimaan Barang.
  3. Klik Butang GR Belum Jana
    Pilih butang ini untuk mencari invois yang belum dijana GR.
  4. Cari Nombor Invois Belian
    • Tampal (paste) nombor invois belian ke dalam kotak carian.
    • Klik ikon anak panah bulat untuk menjana GR secara automatik.

Cara Kedua: Jana GR Secara Manual

  1. Pergi ke Menu Belian
    Pilih Menu Belian di sistem.
  2. Klik Penerimaan Barang / Goods Receive (GR)
    Masuk ke bahagian Penerimaan Barang.
  3. Klik +Baru
    Klik butang +Baru untuk menambah GR secara manual.
  4. Cari Nombor Invois Belian
    Tampal (paste) nombor invois belian ke dalam kotak carian.
  5. Masukkan Unit yang Diterima
    Isi jumlah unit barang yang telah diterima.
  6. Klik Simpan
    Akhir sekali, klik butang Simpan untuk menyimpan GR ke dalam sistem.
WhatsApp

Cari sistem Akaun atau POS untuk bisnes anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Semua modul termasuk · Upgrade & backup percuma · Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊