Liabiliti merujuk kepada tanggungan atau pinjaman yang perlu diselesaikan oleh syarikat. Untuk merekodkan Opening Balance Liabiliti, anda hanya perlu memasukkan baki atau jumlah hutang terkini.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk merekod Opening Balance Liabiliti menggunakan sistem Niagawan.
1. Akses Menu Perakaunan
Buka menu Perakaunan di dashboard utama Niagawan.
2. Pergi ke Bahagian Entri Lejar
Klik pada pilihan Entri Lejar untuk mula merekodkan data.
3. Pilih Tab Entri Pantas
Di bahagian Entri Lejar, pilih tab Entri Pantas, kemudian pilih Jurnal Pembukaan.
4. Masukkan Butiran Jurnal
Tarikh: Masukkan tarikh permulaan rekod dalam sistem Niagawan.
Ledger: Pilih ledger yang berkaitan dengan baki awal liabiliti, contohnya Pinjaman dari [Nama Peminjam] (Liability).
- Jika belum ada ledger yang sesuai, anda boleh membuat Lejar Baru di menu tetapan.
5. Simpan Rekod
Klik butang Save untuk menyimpan entri Opening Balance Liabiliti.
-Pastikan lejar pinjaman/liabiliti yang dibuat hanya berkaitan dengan perniagaan.
- Semua maklumat liabiliti haruslah tepat untuk memudahkan penyelesaian hutang.