Apa itu sumber?
Sumber merujuk kepada kaedah pembayaran yang digunakan oleh syarikat, seperti Tunai, Petty Cash, atau Bank syarikat. Memastikan sumber direkod dengan betul membantu syarikat menguruskan aliran tunai dengan lebih efisien. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menambah sumber dalam sistem Niagawan.
Langkah-Langkah Tambah Sumber
1. Akses Menu Tetapan
Pergi ke Menu Tetapan pada bahagian utama sistem.
2. Klik Am
Pilih Am untuk membuka tetapan umum.
3. Tambah Sumber Baharu
Klik tab Bank/Tunai, kemudian tekan butang + Baru untuk menambah sumber pembayaran baharu.
Nota Tambahan
- Pastikan sumber yang ditambah merupakan kaedah pembayaran rasmi syarikat.
- Contoh sumber yang biasa digunakan termasuk akaun bank syarikat, tunai, atau petty cash.