Security Deposit adalah wang cagaran yang sering digunakan dalam perniagaan seperti homestay, chalet, kereta sewa, dan lain-lain. Deposit ini biasanya dipulangkan sepenuhnya selepas tempoh sewaan jika tiada kerosakan berlaku.
Panduan ini akan membantu anda merekod transaksi wang deposit masuk dan pemulangan wang deposit dalam sistem Niagawan.
1. Buka Custom Ledger
- Tambahkan lejar baru dengan nama Security Deposit.
- Tetapkan jenis lejar sebagai Liability.
- Rujuk pautan berikut untuk cara tambah lejar: Cara tambah lejar baru
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik + Baru pada Debit - Money In
4. Isi maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh terimaan deposit.
- Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
- Bank/Tunai: Pilih sumber pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
- Amaun: Jumlah deposit diterima.
- Lejar: Security Deposit (Liability).
- Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.
5. Klik Simpan.
Apabila pelanggan dah habis tempoh sewaan, dan tiada kerosakan berlaku, jadi, full deposit dibayar semula kepada pelanggan. Berikut adalah langkah-langkah.
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik + Baru pada Credit - Money Out.
4. Isi maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh wang deposit dipulangkan.
- Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
- Bank/Tunai: Pilih kaedah pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
- Amaun: Jumlah deposit dipulangkan
- Lejar: Security Deposit (Liability).
- Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.
5. Klik Simpan.
- Pastikan semua transaksi direkodkan dengan tepat untuk memudahkan proses audit dan pengurusan kewangan.
- Sentiasa semak baki lejar untuk memastikan rekod kewangan adalah konsisten dan tepat.