Langkah-Langkah Membatalkan Invois Jualan
1. Pergi ke Menu Jualan
Masuk ke bahagian Jualan dalam sistem Niagawan.
2. Klik Invois Jualan
Pilih submenu Invois Jualan untuk melihat senarai invois yang telah direkodkan.
3. Cari Nombor Invois
Gunakan ruangan carian untuk mencari nombor invois jualan yang ingin dibatalkan, kemudian klik butang > di sebelah invois tersebut.
4. Klik Batal
Tekan butang Batal untuk memulakan proses pembatalan invois.
5. Sahkan Pembatalan
Akan muncul mesej pengesahan seperti:
“Adakah anda pasti untuk membatalkan invois jualan 'No. Invois'? Semua Nota Kredit dan Pesanan Penghantaran yang dipautkan juga akan dibatalkan.”
Klik Ya Batalkan untuk meneruskan.
Nota Penting
1. Batalkan Bayaran yang Direkodkan
Anda perlu membatalkan bayaran yang telah direkodkan pada invois.
2. Padam Resit Invois
Invois jualan yang dibatalkan tidak akan secara automatik membatalkan bayaran. Oleh itu, pergi ke bahagian Resit Invois untuk memadamkan bayaran tersebut secara manual.