Cara Setup Fungsi e-Invois Pada Niagawan

Mudah sahaja untuk mula mengunakan e-invois di dalam Niagawan. Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk menetapkan butiran bisnes anda bagi pengunaan e-invois.

1. Aktifkan Fungsi e-envois

Pilih menu e-Invois dan klik pada bahagian Tetapan. Pada bahagian Maklumat e-Invois, tandakan togol suis “Aktifkan e-Invois” untuk mengaktifkan fungsi e-invois.

aktifkan e-invois
2. Isikan Maklumat Syarikat
  1. Syarikat: Pastikan nama penuh sah syarikat anda adalah betul.
  2. No. Pendaftaran Perniagaan: Masukkan nombor pendaftaran perniagaan anda dengan format baru (eg. 201901000005).
  3. No. Pengenalan Cukai (TIN): Masukkan nombor pengenalan cukai anda (eg. C20830570210)
  4. No. Pendaftaran SST: Jika berkenaan, masukkan nombor pendaftaran SST anda (eg. B16-2001-32000030).
  5. Kod MSIC: Masukkan lima(5) digit kod Malaysia Standard Industrial Classification (MSIC) yang berkaitan dengan perniagaan anda. [Rujukan]
  6. Aktiviti Bisnes: Terangkan aktiviti perniagaan utama anda berdasarkan MSIC code yang diisi. [Rujukan]
  7. No. Telefon: Masukkan nombor telefon bisnes untuk dihubungi.
  8. E-mel: Masukkan alamat e-mel untuk dihubungi.
  9. Alamat: Masukkan alamat fizikal bisnes anda.
  10. Poskod: Masukkan poskod untuk alamat bisnes anda.
  11. Bandar: Masukkan bandar di mana bisnes anda terletak.
  12. Negeri: Masukkan negeri di mana bisnes anda terletak.
3. Tambah Niagawan Sebagai Perantara Pada Portal MyInvois

Anda boleh ikuti tutorial cara untuk tambah Niagawan sebagai Perantara disini Cara Tambah Niagawan sebagai Intermediary 

4. Semak Untuk Sahkan Status

Semak semua maklumat yang dimasukkan untuk memastikan ketepatan. Klik pada “Sahkan” untuk mengesahkan dan menyimpan tetapan butiran bisnes anda bagi pengunaan e-invois.

Nota:

  1. Medan yang ditandakan dengan tanda asterisk (*) adalah wajib dan mesti diisi.
  2. Pastikan semua maklumat adalah tepat untuk mengelakkan masalah ketika pemprosesan e-invois.
  3. Hubungi support team Niagawan jika anda menghadapi sebarang masalah semasa mengisi butiran bisnes pada tetapan e-invois.
Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes