Niagawan
e-Invois ·22 Oktober 2024

Cara Submit e-Invois Bil Kendiri (Self-Billed)

Cara Submit e-Invois Bil Kendiri (Self-Billed)

Untuk situasi seperti pembayaran kepada ejen, pengedar, transaksi e-dagang, perkhidmatan oleh penjual asing, atau faedah, tuntutan, dan pampasan dari syarikat insurans, anda boleh mengeluarkan e-Invois bil kendiri. Terdapat dua cara untuk submit e-invois bil kendiri.

Cara 1: Pembekal Telah Mengeluarkan e-Invois

Jika pembekal anda telah mengeluarkan e-Invois, tick pada pilihan "Pembekal telah mengeluarkan e-Invois". Kemudian, masukkan ID dokumen e-Invois yang diberikan oleh pembekal untuk menghubungkannya dengan invois belian anda.

  • Setelah berjaya menyimpan invois belian di atas, ia akan terus dihubungkan kepada e-invois asal oleh pembekal anda.

Cara 2: Pembekal Tidak Mengeluarkan e-Invois

Create invois belian (purchase invoice) baru dan isikan butiran pembelian yang lengkap, termasuk item dan jumlah yang dibeli daripada pembekal. Jika pembekal anda tidak mengeluarkan e-Invois, tick pada pilihan "Buat e-Invois Bil Sendiri". Ini membolehkan anda menghasilkan e-Invois bil sendiri bagi pembekal yang tidak menyediakan e-Invois.

Semak semua butiran bil kendiri untuk memastikan ketepatan dan klik "Sedia untuk Hantar".

Status bil kendiri akan berubah kepada "Penghantaran sedang diproses".

Setelah disahkan, e-invois bil kendiri akan tersedia. Anda boleh cetak atau akses e-invois tersebut pada portal MyInvois melalui pautan yang sama.

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊