Kunci kira-kira juga merupakan laporan kewangan yang terakhir selepas lejer dan penyata untung rugi.
Seimbang bermakna, ianya mesti mengikut formula akaun iaitu;
ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK
Tapi mengapa ianya tidak seimbang? Kerap kali berlaku apabila kita merekod akaun secara manual dan mungkin juga melalui sistem. Let’s check!
OPENING BALANCE TAHUN LEPAS YANG SALAH ATAU TIDAK DIAMBILKIRA.
Kunci Kira-Kira adalah nilai yang kekal diambil dari mula syarikat beroperasi. Angka-angka ini perlu dibawa ke tahun hadapan setiap tahun.
UNTUNG SEMASA YANG TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM “BALANCE SHEET”
Untung semasa perlu dimasukkan kedalam jumlah “untung semasa” dari Penyata Untung Rugi tahunan di bawah kolum Pendapatan Terkumpul.
DOUBLE ENTRY YANG SALAH SEPERTI TIDAK BALANCE ATAUPUN SALAH KOD AKAUN.
Amaun debit dan kredit mesti sama. Dan akaun yang terlibat mestilah mengikut formula di atas. Jika amaun debit RM500 dan kredit RM400, disitu akan wujud akaun yang tidak seimbang.
PELARASAN TAHUN LEPAS YANG TIDAK DIBETULKAN DENGAN CARA YANG TEPAT
Kesilapan merekod tahun lepas yang di ubah pada tahun ini, perlu dilakukan pada tahun semasa. Anda tidak boleh mengubah akaun tahun lepas pada tahun ianya berlaku kerana baki-baki kunci kira-kira yang berubah dan ianya adalah penyebab kepada tidak seimbang
REKOD YANG DIPADAM
Rekod bank terutamanya jika dipadam setelah di lakukan “Reconciliation” akan mengubah baki bank di dalam rekod anda. Maka ianya sudah tentu tidak akan padan dengan baki bank yang sebenarnya.