Apa Itu Channel E-Commerce & Payment Gateway?
Sebelum anda merekod transaksi jualan, fahami dahulu perbezaan antara Channel E-Commerce dan Payment Gateway:
✅ Channel E-Commerce – Platform untuk menjual produk anda seperti Shopee, Lazada, Foodpanda, atau website anda sendiri.
✅ Payment Gateway – Kaedah pembayaran yang digunakan untuk menerima bayaran daripada pelanggan seperti kad debit/kredit, e-wallet (TNG, GrabPay), atau terminal pembayaran.
Jika anda menggunakan mana-mana channel di atas, anda perlu menetapkan sumber pembayaran (source) dalam sistem Niagawan untuk setiap platform.
Langkah-Langkah Rekod Transaksi Jualan
Sebelum merekod transaksi, tentukan cara yang paling sesuai berdasarkan keperluan perniagaan anda:
Situasi 1: Rekod Produk & Pelanggan dalam Niagawan
Gunakan kaedah ini jika anda mahu menjejaki setiap produk dan pelanggan dalam sistem.
Langkah 1: Rekod Jualan (Sale)
1.Buat Sale Invoice dalam sistem Niagawan.
2. Masukkan jumlah penuh yang dibayar oleh pelanggan melalui e-commerce atau payment gateway.
Langkah 2: Rekod Pembayaran (Payment)
1. Masukkan pembayaran penuh yang diterima dari pelanggan.
2. Pilih sumber pembayaran yang betul (contoh: Shopee, Lazada, TNG e-wallet).
Langkah 3: Rekod Pemindahan Dana (Transfer)
1. Apabila e-commerce atau payment gateway telah melepaskan bayaran ke akaun bank anda, rekodkan pemindahan tersebut dalam sistem.
2. Pastikan jumlah yang dimasukkan setelah ditolak caj transaksi.
📌 Tutorial lengkap pemindahan dana: Klik di sini
Langkah 4: Rekod Caj Transaksi (Fees)
Tambahkan lejar baru dalam kategori COGS (Cost of Goods Sold) untuk caj e-commerce/payment gateway.
📌 Cara tambah lejar baru: Klik di sini
Situasi 2: Rekod Produk Sahaja dalam Niagawan
Gunakan kaedah ini jika anda hanya ingin menjejaki jualan produk tanpa pelanggan.
✅ Gunakan fungsi POS (Point of Sale)
✅ Ikuti Langkah 1 (Sale), Langkah 3 (Transfer), dan Langkah 4 (Caj) sahaja
Situasi 3: Rekod Jualan Secara Lumpsum (Total Amount Sahaja)
Kaedah ini sesuai jika anda hanya ingin merekod jumlah yang diterima dari e-commerce/payment gateway tanpa pecahan produk atau pelanggan.
✅ Gunakan fungsi Cash Sale
✅ Rekodkan jumlah pembayaran yang telah dilepaskan oleh e-commerce/payment gateway sahaja
✅ Hanya perlu lakukan Langkah 1 (Sale)