Sistem Akaun Untuk Urus Jualan, Belanja Dan Laporan
Dengan Sistem Akaun Niagawan, anda boleh buat quotation dan invois, rekod bayaran customer dan bil supplier, urus stok dan semak untung rugi dalam satu sistem. Buka melalui browser di laptop, tablet atau telefon.
Dari Quotation Sampai Customer Bayar
Ikut cara anda jual setiap hari: hantar harga, keluarkan invois, terima bayaran.
Satu bayaran untuk dua invois customer yang sama
- 1
Quotation
Hantar harga kepada customer. Bila customer setuju, tukar terus jadi invois.
- 2
Invois
Hantar invois kepada customer. Delivery Order dan Credit Note pun boleh dibuat dari invois yang sama.
- 3
Bayaran
Customer bayar deposit dulu? Rekod bayaran separuh, dan rekod baki bila customer bayar lagi. Customer bayar beberapa invois sekali gus? Rekod sebagai satu bayaran.
- 4
Resit
Setiap bayaran ada resit, dan anda boleh lampirkan slip bank atau bukti bayaran.
Bil Supplier Dan Belanja Pun Rekod Dalam Sistem Yang Sama
Belanja direkod di tempat yang sama dengan jualan, jadi untung rugi dikira dari kedua-duanya.
Invois belian daripada supplier
- Purchase Order kepada supplier boleh ditukar jadi invois belian. Senarai barang tak perlu ditaip semula.
- Rekod bil supplier dan bayaran kepada supplier, dan tengok bil mana yang belum dibayar.
- Belanja harian macam sewa, utiliti dan minyak direkod ikut kategori.
Stok Tinggal Berapa? Terus Semak.
Buka senarai stok, dan anda nampak baki setiap produk.
Baki stok setiap produk
- Masukkan produk dengan harga jual, kos dan unit. Senarai produk yang panjang boleh diimport sekali gus.
- Bila barang dijual, stok ditolak.
- Bila barang masuk dengan harga baru, kos purata dikira semula.
- Jual beberapa barang sebagai satu set? Buat produk bundle.
Nak Tahu Bisnes Untung Atau Tak? Semak Laporan.
Laporan dikira dari invois, bil dan bayaran yang dah direkod. Anda tak perlu kira sendiri.
Laporan boleh dicetak atau disimpan sebagai PDF.
Bulan Ni Untung Berapa?
Laporan Untung Rugi (Profit & Loss)
Siapa Belum Bayar, Dan Berapa Saya Belum Bayar Supplier?
Laporan hutang customer dan supplier, ikut berapa lama tertunggak
Barang Mana Paling Laku?
Laporan jualan dan stok ikut produk
Duit Masuk Dan Keluar Ke Mana?
Laporan aliran tunai (cash flow)
Baki Bank Sama Dengan Rekod?
Bank reconciliation: upload bank statement (PDF) dan semak dengan rekod anda
Akauntan Minta Balance Sheet?
Balance Sheet dan Trial Balance
Customer Minta e-Invois? Hantar Dari Invois Yang Sama.
e-Invois dah termasuk dalam Sistem Akaun Niagawan, tanpa caj tambahan. Anda tak perlu buka portal lain.
Status e-Invois setiap bulan
- Buat invois macam biasa, kemudian hantar sebagai e-Invois ke LHDN dari sistem.
- Silap invois? e-Invois yang dah disahkan boleh dibatalkan dalam 72 jam. Lepas tu, betulkan dengan Credit Note.
- Jualan yang customer tak minta e-Invois, anda hantar sendiri sebagai Consolidated e-Invois, paling lewat 7 haribulan bulan berikutnya.
Apa Yang Dah Termasuk, Apa Yang Perlu Bayar Lebih
Dah Termasuk, Tiada Caj Tambahan
- Recurring Invoice
Invois yang sama setiap bulan dikeluarkan ikut jadual.
- Recurring Expense
Belanja tetap macam sewa direkod ikut jadual.
- Consignment
Hantar stok ke kedai reseller, atau jual barang supplier di kedai anda.
- Dokumen tanpa had
Tiada had bilangan invois, bil dan rekod lain.
Add-On Berbayar, Bila Perlu
- SST RM200 / tahun
SST dikira pada invois, dengan laporan cukai output.
- Multi-Branch RM300 / outlet / tahun
Ada lebih dari satu cawangan? Semak prestasi setiap cawangan.
Sesuai Untuk Bisnes Yang Jual Guna Quotation Dan Invois
Contohnya bisnes yang hantar quotation, beri customer bayar kemudian, dan terima bil daripada supplier.
Jual di kaunter? Niagawan PosPro ada POS dan Sistem Akaun Niagawan dalam satu pakej.
Tengok Niagawan PosProBerapa Harga Sistem Akaun Niagawan?
Sistem Akaun Niagawan
2 pengguna + outlet utama
- Quotation, invois, belian dan belanja, dokumen tanpa had
- Stok dan laporan untung rugi
- Bank reconciliation
- e-Invois, tiada caj tambahan
- Recurring Invoice, Recurring Expense dan Consignment
Caj Tambahan, Kalau Perlu
- Pengguna tambahanRM100 / pengguna / tahun
- Outlet tambahanRM300 / outlet / tahun
- Add-on SSTRM200 / tahun
- Bantuan setup onlineRM100 / syarikat
Harga setahun, tidak termasuk SST. Langganan pertama ada jaminan pulang wang 14 hari.
Lihat harga penuhCari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?
Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.
Bantuan WhatsApp percuma