Cara Rekod Pinjaman Diberi dalam Sistem Niagawan

Panduan Rekod Pinjaman Diberi dalam Sistem Niagawan

Pinjaman Diberi adalah situasi di mana perniagaan anda memberikan pinjaman kepada individu atau syarikat lain. Pinjaman ini dikelaskan di bawah kategori Aset Semasa (Current Asset) kerana ia melibatkan aset yang dijangka dikembalikan melalui bayaran balik oleh pihak peminjam.

Berikut adalah langkah-langkah untuk merekodkan pinjaman diberi dalam sistem berdasarkan situasi:

Situasi 1: Rekod Pinjaman Baru Diberi

Langkah 1: Tambah Lejar Baru
- Tambah lejar baharu di bawah kategori Aset Semasa (Current Asset) untuk pinjaman yang diberikan.
- Ikuti panduan di pautan berikut: Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.

Langkah 2: Rekod Duit Keluar (Pinjaman Baru)
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai dan pilih +Baru di bahagian Kredit - Duit Keluar.
3. Masukkan maklumat berikut:
i) Tarikh: Tarikh pinjaman diberi.
ii) Lejar: Pilih lejar yang telah ditambah (contoh: Pinjaman Staff - Aset Semasa).
4. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekod Bayaran Balik
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai dan pilih +Baru di bahagian Debit - Duit Masuk.
3. Masukkan maklumat berikut:
i) Tarikh: Tarikh bayaran balik diterima.
ii)Lejar: Pilih lejar yang sama (contoh: Pinjaman Staff - Aset Semasa).
4. Klik Simpan.

Situasi 2: Rekod Pinjaman Lama yang Masih Belum Selesai

Langkah 1: Tambah Lejar Baru
- Sama seperti Situasi 1, tambahkan lejar baharu di bawah kategori Aset Semasa (Current Asset).
- Ikuti panduan di pautan berikut: Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.

Langkah 2: Masukkan Baki Hutang (Jurnal Pembukaan)
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar dan pilih Tab Entri Pantas.
3. Pada bahagian Jurnal Pembukaan, lakukan perkara berikut:
- Pilih lejar di bawah Aset Semasa (Current Asset).
- Masukkan Tarikh Mula Rekod dalam sistem Niagawan.
- Masukkan Amaun (jumlah baki hutang pada tarikh mula rekod).
4. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekod Bayaran Balik
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai dan pilih +Baru di bahagian Debit - Duit Masuk.
3. Masukkan maklumat berikut:
i) Tarikh: Tarikh bayaran balik diterima.
ii)Lejar: Pilih lejar yang sama seperti dalam Jurnal Pembukaan.
4. Klik Simpan.

Nota Penting

- Gunakan lejar yang sama untuk merekod setiap transaksi berkaitan pinjaman bagi memastikan konsistensi dan kemudahan semakan.
- Sentiasa pantau baki pinjaman di laporan kewangan untuk memastikan setiap pembayaran dikemas kini dengan tepat.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes