Niagawan
e-Invois ·22 Oktober 2024

Cara Submit Nota Kredit (Credit Note) & Nota Pulangan (Refund Note) Untuk e-Invois

Cara Submit Nota Kredit (Credit Note) & Nota Pulangan (Refund Note) Untuk e-Invois

Sekiranya anda ingin mengubah e-Invois atau membatalkannya selepas 72 jam, anda perlu mengeluarkan Nota Kredit (Credit Note) atau Nota Bayaran Balik (Refund Note) sebagai penggantian kepada e-Invois tersebut.

Cara Submit Nota Kredit (Credit Note) Untuk e-Invois

1. Create Nota Kredit Pada e-Invois

Pada invois jualan yang telah berjaya dihantar e-invois, anda boleh isukan nota kredit seperti biasa. Pastikan semua maklumat dalam nota kredit adalah betul dan lengkap.

2. Simpan Dan Terus Hantar Nota Kredit Kepada e-Invois

Klik "Simpan" untuk menghantar nota kredit pada e-Invois. Status nota kredit akan berubah kepada "Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit."

3. Print / Kongsikan Nota Kredit Pada e-Invois Telah Berjaya

Setelah disahkan, nota kredit akan tersedia pada e-Invois. Anda boleh cetak atau kongsi e-Invois tersebut melalui pautan yang sama dengan pelanggan anda.

Cara Submit Nota Bayaran Balik (Refund Note) Untuk e-Invois

1. Create Nota Bayaran Balik (Refund Note)

Pergi pada menu Perakaunan, Lebihan Bayaran - Pulangan & Bayaran Balik (Return & Refund) dan create bayaran balik untuk nota kredit di atas.

Tick pada "Perlu e-Invois nota bayaran balik" untuk submit nota bayaran balik (refund note) bagi e-invois tersebut.

2. Simpan Dan Terus Hantar Nota Kredit Kepada e-Invois

Klik "Simpan" untuk menghantar nota bayaran balik (refund note) pada e-Invois. Status nota bayaran balik (refund note) akan berubah kepada "Penghantaran sedang diproses. Sila periksa semula dalam beberapa minit."

3. Print / Kongsikan Nota Bayaran Balik (Refund Note) Pada e-Invois Telah Berjaya

Setelah disahkan, nota bayaran balik (refund note) akan tersedia pada e-Invois. Anda boleh cetak atau kongsi e-Invois tersebut melalui pautan yang sama dengan pelanggan anda.

Nota: Proses yang sama diaplikasikan juga untuk mengubah invois bil kendiri atau membatalkannya selepas 72 jam

WhatsApp

Cari Sistem Akaun Atau POS Untuk Bisnes Anda?

Berbual dengan kami di WhatsApp, kami tunjuk cara ia sesuai untuk bisnes anda.

WhatsApp kami sekarang

Bantuan WhatsApp percuma

Niagawan
biasanya balas dalam beberapa minit
Boleh tengok demo dulu tak?
Boleh! Nak demo percuma bila anda free? 😊