[TIPS PENTING!] 5 Strategi Boost Sales Dengan Bajet Yang Rendah!

Setiap usahawan pasti akan hadapi pelabagai kesulitan untuk kembangkan bisnes; cepat atau lambat. Pada zaman sekarang untuk pasarkan bisnes perlukan bajet yang sangat besar! 😫

Tapi, jangan risau! Niagawan ada strategi untuk bantu anda kembangkan bisnes anda walaupun dengan bajet yang terhad. Slowly but surely 😍

Strategi 1: Sertai Group Networking di Social Media

Jika anda sertai group networking, anda dapat membina kenalan perniagaan dan menyebarkan jenama anda. Ianya merupakan salah satu kunci yang paling penting dalam dunia perniagaan! Dan, anda juga boleh mencari “partnership” untuk bekerjasama dengan anda dalam perniagaan. 

Seperti Terbaik e-niagaMalaysia, mereka menggabungkan lebih dari 81,100 usahawan di seluruh Malaysia. 

Sumber: Terbaik e-niagaMalaysia

Strategi 2: Cipta Senarai Emel

Walaupun anda menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ataupun bisnes anda mempunyai physical store, dengan adanya senarai emel pelanggan yang berkualiti, ia akan membantu anda untuk tingkatkan sales dan kekalkan pelanggan sedia ada. Apa yang lebih menarik, kos untuk cipta senarai emel berkualiti ini PERCUMA je! 😋

Antara contoh platform yang anda bolegh gunakan ialah, Mailchimp. Platform pemasaran emel yang sudah lama berada di pasaran. Banyak bisnes  kecil mahupun bisnes besar yang memilih untuk gunakan Mailchimp kerana ianya menyediakan emel bagi tujuan pemasaran secara PERCUMA – sehingga 12,000 emel boleh dihantar kepada hampir 2000 kenalan. 

Sumber: Mailchimp

Strategi 3: Dapatkan Bukti Sosial Dari Jenama Anda (Customer Review)

Adakah anda tahu review jujur dari pelanggan adalah cara terbaik untuk pikat potential customer?

Sebenarnya, review dari pelanggan mampu memberi impak kepada bakal pelanggan membuat keputusan ketika membeli produk anda. Pastikan anda guna testimonial yang POSITIF sahaja!

Sebagai contoh, Niagawan telah kumpulkan review dari pengguna dan dipamerkan di laman web bagi menambah keyakinan potential customer dengan servis yang ditawarkan. 

Sumber: Niagawan

Strategi 4: Kempen Referral

Tidak dapat dinafikan, “word-of-mouth” merupakan salah satu teknik marketing terbaik yang mampu  memberi impak yang sangat besar kepada sesebuah bisnes. Tapi bagaimana teknik ‘word-of-mouth’ berfungsi?

Ianya dengan menggunakan pelanggan sedia bagi tujuan mempromosikan produk anda. Anda boleh guanakan bajet marketing untuk berikan sedikit insentif kepada pelanggan yang telah berjaya mempromosikan servis atau produk anda. Jangan sia-siakan peluang yang ada!

Selain dari menawarkan software yang berjaya membantu ramai usahawan di Malaysia, Niagawan juga memberikan peluang kepada pelanggan untuk sertai Referral Program! Setiap dari pelanggan yang berjaya mempromosikan servis dari Niagawan akan diberikan pulangan yang sangat lumayan!

Strategi 5: Gunakan Media Sosial Dengan Sebaiknya

Pada era digital ini, sosial media patut digunakan sepenuhnya! Media sosial sangat membantu untuk anda sentiasa berkomunikasi dengan para pelanggan secara terus dan lebih dekat. Jadi, anda tidak lagi perlu mengharapkan 100% kepada Sales Team sahaja untuk berkomunikasi dengan pelanggan. 

Exabytes adalah salah satu contoh yang boleh diambil, untuk melebarkan sayap mereka dalam bidang digital, mereka sering menganjurkan program secara percuma dengan kolaborasi bersama dengan syarikat-syarikat lain. Mereka menyediakan pelbagai maklumat kepada semua yang mengikuti “page” Facebook mereka terutama berkaitan tentang program yang dijalankan. 

Sumber: Exabytes (MY)

Anda masih belum gunakan startegi-strategi yang disenaraikan di atas? Mulakan dari sekarang untuk pastikan bisnes anda terus maju ke hadapan 💪

Psst.. Tahu tak dengan sistem akaun Niagawan,  bisnes anda akan menjadi lebih sistematik dan  semuanya lengkap! Lebih menarik lagi, Niagawan merupakan “cloud-based’ software! 

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes