Dalam sistem, bahagian Harga (Price) pada Menu Produk digunakan untuk menetapkan senarai harga jualan bagi setiap produk. Selain itu, anda boleh menambahkan Jenis Harga (Price Type) untuk menyesuaikan harga berdasarkan jenis pelanggan seperti Agen, Dropship, atau kategori lain. Ini memudahkan pengurusan harga untuk pelbagai kategori pelanggan.
1. Harga Biasa: Harga standard untuk semua pelanggan.
2. Harga Agen/Dropship: Harga lebih rendah daripada harga jualan biasa untuk kategori tertentu.
3. Harga Promosi: Harga sementara yang ditawarkan semasa promosi berlangsung.
1. Tetapkan Harga Jualan Produk
- Pergi ke Menu Produk.
- Klik Harga untuk mengakses senarai harga produk.
- Isi harga jualan di ruangan Harga: Untuk perniagaan servis, kosongkan jika harga tidak tetap.
2. Masukkan Harga Promosi (Jika Ada)
- Masukkan harga promosi di ruangan Promo.
- Setelah promosi tamat, pastikan kotak Promo dikosongkan untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Tambah Jenis Harga (Price Type)
- Klik butang Ubah Suai untuk menambah kategori harga seperti Agen, Dropship, atau lainnya.
- Tetapkan harga yang sesuai untuk setiap kategori pelanggan.
4. Simpan Perubahan
- Sistem akan auto update harga yang telah disetkan.
- Harga baru akan diterapkan secara automatik mengikut kategori pelanggan.