Untuk memastikan rekod produk atau perkhidmatan anda tersusun dan mudah dicapai, penting untuk mendaftarkan semua item di sistem. Panduan berikut membantu anda menambah produk jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan langkah-langkah mudah.
1. Menu Produk
Pergi ke menu Produk di sistem.
2. Klik Produk dan +Baru
Tekan butang +Baru untuk memulakan penambahan produk atau perkhidmatan baharu.
3. Isi Butiran
Nama Produk/Nama Servis: Masukkan nama penuh produk atau perkhidmatan.
Harga Jual:
- Jika harga tetap, masukkan nilai harga.
- Jika harga berubah-ubah, masukkan "0.00".
4. Promo (Jika Ada)
Masukkan maklumat promosi jika produk sedang dalam promosi khas.
5. Cost
Hanya diisi jika anda menjual produk fizikal. Kos akan membantu dalam pengiraan keuntungan.
6. Kategori
Pilih kategori jika telah menetapkannya dalam bahagian Setting. Kategori memudahkan pengelompokan produk.
7. Kod Produk
Masukkan kod produk yang berkait dengan kategori untuk pengurusan inventori yang lebih sistematik.
8. Stok Pembukaan (Opening Stok)
Masukkan jumlah kuantiti stok sedia ada.
9. Lampiran
Muat naik gambar produk atau perkhidmatan untuk memudahkan pengecaman.
10. Klik Simpan
Pastikan semua maklumat telah dimasukkan dengan betul sebelum menyimpan.