Tak semua yang bertugas sebagai admin akaun mempunyai pengetahuan tentang perakaunan. Salah seorangnya ialah, Mardziyanah, admin di JC Chemical.
“Saya dengan accounting sangat jauh. Zero accounting! Sebab bidang yang saya pelajari lebih ke bahagian HR.”
Tetapi, setelah menggunakan Niagawan persepsi beliau tentang perakaunan berubah dalam sekelip mata.
“Dulu nak handle DO, invois pun saya takut. Tetapi, sekarang senang sangat. Nak catch up pun senang je. Dalam sehari ja dah boleh guna.”
Beliau yang pada mulanya merasa susah tetapi setelah di bantu oleh majikan beliau, semua tugas tersebut kini menjadi lebih mudah.
“Boss yang ajar saya guna Niagawan. Ajar saya untuk buat DO, invois. Semuanya boss saya yang ajar.”
Tambah beliau lagi, untuk staf yang baru belajar nak gunakan Niagawan, pastinya tak perlu mengambil masa yang lama dan beliau kini yakin yang beliau boleh lakukan tugas berkaitan perakaunan dengan bantuan sistem akaun Niagawan.
“Untuk new comer memang mudah nak belajar dan saya yakin yang sekarang saya pun boleh bekerja di bahagian akaun.”
Bila ditanya berkaitan fungsi yang menjadi pilihan beliau dalam sistem akaun Niagawan, beliau menjawab berkaitan fungsi untuk jejak status pembayaran dan hutang pelanggan.
“Saya boleh tahu sama ada pelanggan sudah bayar atau belum, status hutang pelanggan. Ianya sangat bantu supaya kerja saya tak messed up.”
Lihat temubual penuh Team Niagawan dengan wakil dari JC Chemical dan lihat bagaimana seorang yang tiada asas dalam perakaunan boleh gunakan Niagawan dengan mudah.
Berminat untuk mudahkan pengurusan akaun bisnes dengan Niagawan, klik link di bawah untuk mendaftar.