1. Saya patut pilih Lite atau Pro?
Pilih Niagawan POS Lite kalau anda peniaga kecil — gerai, food truck, atau kedai kecil — yang perlukan POS mudah alih + akaun asas.
Pilih Niagawan POS Pro kalau anda restoran, kafe, atau kedai retail yang perlu uruskan meja, track stok & disambung terus dengan sistem akaun.
2. Bolehkah staf guna?
Ya, staf boleh menggunakan aplikasi Niagawan POS Lite & Pro ini.
Namun, bagi Niagawan POS Lite, pemilik (owner) perlu tambah bilangan pengguna melalui pembelian add-on dengan harga RM100/seorang setahun.
Untuk Niagawan POS Pro, tiada add-on diperlukan, hanya perlu create ID untuk staff cashier sahaja.
3. Apa hardware saya perlukan untuk mula guna?
Untuk Lite, cukup dengan smartphone + Bluetooth printer (RM100 sahaja).
Untuk Pro, tablet POS (contoh iMin Falcon 1), cash drawer & barcode scanner.
Anda boleh pilih untuk tambah hardware sewaktu checkout mengikut keperluan bisnes atau terus berhubung dengan sales team kami untuk dapatkan pakej penuh bersama hardware.
4. Jika ada beberapa gerai macam mana?
Untuk setiap gerai tambahan, anda perlu membeli akaun baru Niagawan POS.
Ini kerana setiap bisnes memerlukan laporan seperti P&L (Profit and Loss), cukai, zakat, dan e-filing yang berasingan mengikut
keperluan & pengurusan bisnes.
5. Boleh tak saya upgrade dari Lite ke Pro nanti?
Boleh! Anda boleh upgrade bila-bila masa ikut perkembangan bisnes. Semua data sedia ada akan terus dibawa masuk, dan anda dapat akses fungsi lebih advance seperti table management & inventory tracking.
6. Bolehkah Niagawan POS digunakan untuk menguruskan inventori?
Niagawan POS Lite tidak menyokong fungsi pengurusan inventori.
Tetapi bagi Niagawan POS Pro, anda boleh menguruskan inventori di dalam Sistem Akaun Niagawan, dan auto sync ke Niagawan POS Pro.
7. Bolehkah Niagawan POS link ke Sistem Akaun Niagawan?
Ya, kedua-dua Niagawan POS Lite & Pro boleh disambung dengan Sistem Akaun Niagawan.
Setiap apa yang direkod di dalam kedua-dua sistem akan terus di sync secara automatik.
8. Adakah data akan dibackup? Bagaimana jika telefon saya hilang?
Ya, kami jamin setiap maklumat yang anda rekod di dalam aplikasi Niagawan POS akan dibackup setiap hari.
Ini bermakna tidak ada risiko kehilangan data walaupun jika telefon anda hilang.
Dengan perlindungan backup harian ini, anda boleh yakin bahawa data transaksi anda selamat dan boleh diakses semula dengan mudah pada bila-bila masa.
9. Adakah Niagawan POS menyokong kaedah pembayaran e-wallet, kad credit dan sebagainya?
Tidak,Niagawan POS tidak menyokong kaedah pembayaran secara langsung bagi e-wallet dan kad kredit.
Tetapi, anda boleh catat kaedah bayaran bagi setiap transaksi yang direkod.