1. Kenapa sistem Niagawan boleh hantar e-invois ke sistem LHDN(MyInvois)? Adakah sistem Niagawan menipu orang?
API (Application Programming Interface) membenarkan aplikasi atau sistem yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Sistem kami menggunakan API yang disediakan oleh MyInvois untuk hantar e-Invois untuk buat validation.
2. Adakah e-Invois Niagawan ni ikut standard MyInvois?
Ya, Niagawan mematuhi semua standard dan peraturan MyInvois supaya e-invois anda sah dan diterima oleh pihak berkuasa LHDN.
3. Macam mana cara nak aktifkan fungsi e-Invois dalam sistem Niagawan saya?
Untuk mengaktifkan fungsi e-Invois, anda hanya perlu pergi ke bahagian tetapan e-invois, aktifkan togol suis ‘Aktifkan e-Invois’ dan isi maklumat syarikat untuk disahkan dan disimpian.
4. Boleh ke saya hantar invois dalam bentuk gabungan (Consolidate)?
Ya, anda boleh gabungkan beberapa invois biasa menjadi satu e-invois gabungan dan hantar secara bulanan dengan hanya satu klik.
5. Bolehkah pembeli/penjual tolak e-Invois yang dihantar ke LHDN?
Anda mempunyai 72 jam untuk menolak e-Invois. Selepas 72 jam, pembeli atau penjual tiada tempoh masa untuk reject atau buat pelarasan e-Invois.
6. Apa yang perlu saya buat kalau ada masalah dengan penghantaran e-invois?
Kalau ada masalah, sistem kami akan beritahu anda dan beri laporan terperinci. Anda boleh guna fungsi yang disediakan untuk betulkan atau gabungkan invois yang bermasalah.
7. Boleh ke saya pantau status e-invois yang dah dihantar?
Ya, sistem kami sediakan laporan lengkap untuk anda pantau status setiap e-invois yang dihantar dan ambil tindakan yang diperlukan.