×
Tentang Niagawan
Di Niagawan, kami percaya bahawa setiap usahawan berhak mempunyai sistem yang mudah, mesra pengguna, dan mampu milik untuk menguruskan bisnes mereka.
10+
Tahun Pengalaman
15,000+
Pelanggan Aktif
3
Produk Utama Akaun
Misi Kami
Membantu usahawan kecil dan sederhana menguruskan kewangan, stok, dan prestasi bisnes dengan lebih efisien, tanpa memerlukan kos yang tinggi atau kepakaran teknikal.
Visi Kami
Menjadi platform pengurusan bisnes paling dipercayai di Malaysia yang menyokong pertumbuhan usahawan ke arah kejayaan jangka panjang.
Pengasas Niagawan
Niagawan diasaskan oleh individu berpengalaman dalam bidang kewangan dan teknologi, dengan visi untuk memudahkan urusan perniagaan usahawan tempatan.

Berbekalkan lebih 10 tahun pengalaman, pengasas kami bertekad membawa solusi moden yang ringkas tetapi berkesan.
Bryant Gan, CEO & Founder Niagawan
Perjalanan Produk Niagawan
2016 - NiagaPlus
Dilancarkan sebagai sistem asas untuk pengurusan jualan dan invois.
2021 - NiagaPalm
Dibangunkan untuk memudahkan transaksi mudah alih dan fleksibiliti perniagaan.
2024 - NiagaPos
Diperkenalkan sebagai penyelesaian POS moden untuk peruncit dan F&B.
2025 - NiagaPos Pro
Didatangkan bersama Sistem Akaun NiagaPlus
Budaya Pasukan Niagawan
Integriti
Kami percaya pada ketelusan dan kejujuran dalam setiap tindakan.
Inovasi
Sentiasa menambah baik teknologi untuk memenuhi keperluan usahawan.
Komitmen
Memberikan sokongan berterusan untuk memastikan kejayaan pelanggan.
Kerjasama
Kami percaya pada kekuatan kerjasama dan kolaborasi untuk mencapai matlamat bersama.
Pembelajaran
Sentiasa belajar dan berkembang untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.
Passion
Kami bersemangat dalam membantu usahawan mencapai kejayaan perniagaan mereka.
Pencapaian Niagawan
  • Diiktiraf “Cradle All Star” (PLUGIN Awards 2024) oleh Cradle — pengiktirafan untuk startup pilihan ekosistem.
  • Rating 4.5/5.0 dari 1000+ ulasan pelanggan di Google
  • Semua sistem Niagawan siap dengan fungsi e-Invoice LHDN
  • Sudah membantu lebih dari 27,000+ usahawan menguruskan bisnes mereka dengan jayanya
Jom Berkenalan Dengan Niagawan

Ingin tahu lebih tentang pasukan dan cara kami bantu bisnes anda?

Alamat: Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, 8:15 AM - 5:30 PM