Panduan Rekod Pembelian Aset dalam Sistem Niagawan
Pembelian Aset adalah transaksi pembelian aset tetap seperti perabot, kereta, bangunan, tanah, komputer, atau kelengkapan pejabat. Pembelian ini boleh berlaku secara tunai atau hutang (loan). Berikut adalah langkah-langkah untuk merekodkan transaksi ini mengikut situasi:
Situasi 1: Pembelian Aset Secara Tunai
Contoh:
Puan Aina membeli meja, kerusi, dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM7,650 secara tunai.
Langkah Rekod
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Pilih +Baru di bahagian Kredit – Duit Keluar.
4. Masukkan maklumat berikut:
– Tarikh: Tarikh duit keluar untuk pembelian aset.
– Lejar: Pilih kategori Aset Tetap (Fixed Asset).
5. Klik Simpan.
Situasi 2: Pembelian Aset Secara Hutang (Loan)
Contoh:
Tuan Abu membeli meja, kerusi, dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM8,000 secara hutang, dengan deposit sebanyak RM1,500.
Langkah Rekod
Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Loan
– Buat lejar baharu di bawah kategori Liabiliti untuk mencatat pinjaman aset, contohnya, Loan Perabot.
– Ikuti panduan di pautan berikut:
Tambah Lejar Baru – Customize Ledger.
Langkah 2: Rekod Pembelian Aset dan Hutang
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar dan pilih +Baru.
3. Masukkan maklumat berikut:
– Tarikh: Tarikh mula rekod pembelian dalam sistem Niagawan.
– Butiran: Belian perabot.
– Debit: Pilih Aset Tetap (Fixed Asset) dengan jumlah penuh (contoh: RM8,000).
–Kredit: Pilih Loan Perabot (Liabiliti) dengan jumlah penuh (contoh: RM8,000).
4. Klik Simpan.
Langkah 3: Rekod Deposit dan Bayaran Bulanan
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai dan pilih +Baru di bahagian Kredit – Duit Keluar.
3. Masukkan maklumat berikut:
i) Tarikh: Tarikh bayaran deposit atau bayaran bulanan dibuat.
ii)Butiran: Contohnya, Bayaran Perabot.
iii)Lejar: Pilih Loan Perabot (Liabiliti).
4. Klik Simpan.
Nota Penting
– Untuk memastikan rekod kewangan teratur, setiap aset tetap yang dibeli harus dihubungkan kepada lejar yang relevan.
– Pantau baki pinjaman melalui laporan Liabiliti untuk memastikan pembayaran dilakukan mengikut jadual.