Cara Rekod Belanja Terdahulu dalam Sistem Niagawan

Belanja Terdahulu adalah perbelanjaan yang akan datang tetapi dibayar lebih awal daripada bulan yang sepatutnya.

Contoh: Bil Elektrik untuk bulan Julai 2024 telah dibayar lebih awal pada bulan Mei 2024.

Perbelanjaan ini perlu direkod dengan cara yang betul untuk memastikan kewangan syarikat direkodkan dengan tepat.


Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Belanja Terdahulu

Sebelum membuat rekod pembayaran, anda perlu membuat atau mengubah lejar khusus untuk belanja terdahulu. Contohnya, lejar untuk Bil Elektrik Terdahulu (kategori: Aset Semasa). Ikuti langkah berikut:

1. Rujuk panduan berikut untuk menambah lejar: Cara Tambah Lejar Baru
2. Pastikan kategori lejar adalah Aset Semasa.

Langkah 2: Rekod Pembayaran Awal (Advance Payment)

1. Masuk ke Menu Perakaunan.
2. Klik pada Buku Tunai.
3. Klik + Baru di bahagian Kredit – Duit Keluar.
4. Pilih Tarikh Bayaran (contoh: bulan Mei 2024).
5. Isi butiran transaksi.
6. Pilih Lejar – Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa).
7. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekodkan Bil Elektrik pada Bulan yang Tepat (Julai 2024)

1. Masuk ke Menu Perakaunan.
2. Klik pada Entri Lejar.
3. Klik + Baru
4. Pilih Tarikh bil tersebut (contoh: Julai 2024)
5. Isi maklumat berikut dalam lejar:
Debit: Electric, Water, Utility (Expense)
Credit: Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa)
6. Klik Simpan.

Nota Tambahan

– Dengan merekod perbelanjaan ini sebagai Aset Semasa, anda memastikan belanja tersebut hanya diiktiraf pada bulan yang sepatutnya.

– Langkah ini membantu mengekalkan ketepatan laporan kewangan dan mengelakkan pertindihan rekod pendapatan atau perbelanjaan.