Security Deposit: Panduan Pemulangan Wang Deposit

Security Deposit adalah wang cagaran yang sering digunakan dalam perniagaan seperti homestay, chalet, kereta sewa, dan lain-lain. Deposit ini biasanya dipulangkan sepenuhnya selepas tempoh sewaan jika tiada kerosakan berlaku.

Panduan ini akan membantu anda merekod transaksi wang deposit masuk dan pemulangan wang deposit dalam sistem Niagawan.


Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Security Deposit

1. Buka Custom Ledger
– Tambahkan lejar baru dengan nama Security Deposit.
– Tetapkan jenis lejar sebagai Liability.
– Rujuk pautan berikut untuk cara tambah lejar: Cara tambah lejar baru

Langkah 2: Rekod Terimaan Wang Deposit dari Pelanggan

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik + Baru pada Debit – Money In
4. Isi maklumat berikut:

Tarikh: Tarikh terimaan deposit.
Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
Bank/Tunai: Pilih sumber pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
Amaun: Jumlah deposit diterima.
Lejar: Security Deposit (Liability).
Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.

5. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekod Pemulangan Wang Deposit kepada Pelanggan

Apabila pelanggan dah habis tempoh sewaan, dan tiada kerosakan berlaku, jadi, full deposit dibayar semula kepada pelanggan. Berikut adalah langkah-langkah.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik + Baru pada Credit – Money Out.
4. Isi maklumat berikut:

Tarikh: Tarikh wang deposit dipulangkan.
Butiran: Masukkan maklumat pelanggan.
Bank/Tunai: Pilih kaedah pembayaran (contoh: Tunai atau Bank).
Amaun: Jumlah deposit dipulangkan
Lejar: Security Deposit (Liability).
Pembayar/Penerima: Masukkan nama pelanggan.

5. Klik Simpan.

Nota Penting

– Pastikan semua transaksi direkodkan dengan tepat untuk memudahkan proses audit dan pengurusan kewangan.
– Sentiasa semak baki lejar untuk memastikan rekod kewangan adalah konsisten dan tepat.