Panduan Rekod Hutang Lapuk (Bad Debt) dalam Sistem Niagawan

Hutang lapuk berlaku apabila penghutang gagal membayar hutangnya kepada syarikat atas sebab tertentu seperti muflis, kematian, atau melarikan diri.

Hutang ini dianggap sebagai kerugian dan direkodkan sebagai belanja dalam akaun perniagaan. Berikut adalah langkah-langkah untuk merekod hutang lapuk menggunakan sistem Niagawan:


Langkah 1: Buat Lejar Baru untuk Hutang Lapuk

1. Masuk ke Customize Ledger.
– Nama Lejar: Hutang Lapuk
– Kategori: Perbelanjaan (Kategori: Others).

2. Rujuk panduan untuk tambah lejar:
Tambah Lejar Baru – Customize Ledger.

Langkah 2: Rekod Hutang Lapuk dalam Entri Lejar

1. Masuk ke Menu Perakaunan.
2. Pilih Entri Lejar.
3. Klik +Baru untuk mencipta entri baru.
4. Isi butiran berikut:
Tarikh: Pilih tarikh pengiraan hutang lapuk dibuat.
Butiran: Contoh, “Hutang lapuk untuk pelanggan ABC”
Debit: Pilih Hutang Lapuk (Perbelanjaan)
Credit: Pilih Akaun Belum Terima (Aset Semasa) dengan nilai hutang lapuk tersebut
5. Klik Simpan.

Contoh Situasi

Contoh:
Syarikat tidak dapat mengutip hutang RM1,000 daripada pelanggan ABC kerana pelanggan diisytiharkan muflis. Langkah rekod adalah:
Debit: Hutang Lapuk (Perbelanjaan) sebanyak RM1,000.
Credit: Akaun Belum Terima (Aset Semasa) sebanyak RM1,000.

Nota Penting

– Hutang lapuk akan dikira sebagai kerugian dalam laporan keuntungan dan kerugian syarikat.

– Pastikan nilai yang direkodkan untuk hutang lapuk sepadan dengan jumlah hutang yang tidak dapat dikutip.
– Semak semula semua rekod pelanggan sebelum mengklasifikasikan hutang sebagai lapuk untuk mengelakkan ralat.