Panduan Rekod Gaji Owner/Pemilik Enterprise dalam Sistem Niagawan
Dalam perniagaan enterprise, gaji yang diambil oleh pemilik dianggap sebagai ambilan syarikat dan direkodkan sebagai pengeluaran dalam akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk merekodnya menggunakan sistem Niagawan:
Langkah Rekod Gaji Owner
1. Masuk ke Menu Perakaunan:
Pilih menu Buku Tunai.
2. Cipta Rekod Baru:
Klik +Baru pada bahagian Kredit – Duit Keluar.
3. Isi Maklumat Bayaran:
– Tarikh: Masukkan tarikh gaji dibayar.
– Butiran: Contoh, “Gaji Owner Bulan Disember”.
– Lejar: Pilih Pengeluaran/Dividen (Ekuiti) atau Withdrawal/Dividend (Equity).
4. Simpan:
Klik butang Simpan untuk memastikan rekod disimpan dalam sistem.
Contoh Situasi
Contoh:
Encik Ali, pemilik syarikat enterprise, mengambil gaji sebanyak RM2,000 pada 15 Disember.
Lejar: Pengeluaran/Dividen (Ekuiti).
Tarikh: 15 Disember.
Butiran: Gaji Pemilik untuk bulan Disember.
Nota Penting
– Gaji pemilik tidak dianggap sebagai perbelanjaan syarikat kerana ia dikategorikan sebagai pengeluaran ekuiti.
– Pastikan rekod gaji pemilik konsisten setiap bulan untuk memudahkan penyediaan laporan kewangan.
– Gunakan kategori lejar yang tepat untuk membezakan antara ambilan pemilik dan perbelanjaan lain.