Pengenalan

Jika anda telah mendaftar perniagaan di bawah SSM tetapi menggunakan TIN individu untuk urusan cukai, anda perlu mendaftar sebagai Sole Proprietor di portal MyTax untuk mematuhi keperluan sistem e-invois. Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti.

Langkah-Langkah Pendaftaran Sole Proprietor di Portal MyTax

Langkah 1: Akses Portal MyTax
1. Layari laman web MyTax dan Log masuk menggunakan TIN individu anda.
2. Klik ikon profile untuk masuk ke bahagian paparan maklumat.

Paparan laman utama MyTax dengan butang log masuk untuk pengguna individu.
Layari laman web MyTax dan log masuk menggunakan TIN individu anda.
Paparan ikon profile pada portal MyTax untuk mengakses bahagian maklumat pengguna.
Klik ikon profile untuk mengakses maklumat pengguna anda.

Langkah 2: Pilih Peranan

3. Pada menu utama MyTax, cari dan klik tab “Permohonan Peranan”
4. Pilih jenis permohonan sebagai ‘Permohonan Baharu
5. Pilih jenis peranan sebagai ‘Pemilik Perniagaan‘ (Sole Proprietor)

Menu utama MyTax menunjukkan tab 'Permohonan Peranan' untuk memilih jenis peranan.
Pada menu utama, cari dan klik tab ‘Permohonan Peranan’.
Paparan pilihan jenis permohonan baharu pada MyTax untuk mendaftar sebagai pemilik perniagaan.
Pilih ‘Permohonan Baharu’ untuk mendaftar peranan baharu anda.
Pilihan peranan sebagai Pemilik Perniagaan (Sole Proprietor) pada portal MyTax.
Pilih ‘Pemilik Perniagaan’ (Sole Proprietor) sebagai jenis peranan baharu.
Paparan halaman muat naik dokumen sokongan seperti SSM e-Certificate dan Kad Pengenalan.
Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti SSM e-Certificate dan bukti alamat.

Langkah 3: Lampirkan Dokumen Sokongan

7. Muat naik dokumen berikut dalam format PDF atau JPEG:
– Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM e-Certificate).
– Salinan Kad Pengenalan (IC) pemilik.
– Bukti Alamat Perniagaan (contoh: bil utiliti atau dokumen perniagaan lain).
– Borang D atau E dari SSM, jika diperlukan.

8. Pastikan semua dokumen diimbas dengan jelas.

Langkah 4: Semakan dan Penghantaran

9. Semak semua maklumat untuk memastikan tiada kesilapan.
10. Tandakan pengakuan maklumat dan Klik “Hantar” untuk menghantar permohonan.
11. Simpan salinan resit pendaftaran atau nombor rujukan permohonan.

Langkah 5: Tunggu Kelulusan

12. LHDN akan memproses permohonan anda dalam masa beberapa hari bekerja.
13. Semak status permohonan melalui e-mel atau portal MyTax.

Nota Tambahan

TIN individu masih boleh digunakan untuk perniagaan, tetapi dalam bahagian tetapan, anda mesti memastikan nombor IC digunakan sebagai pengenalan utama dan bukan nombor pendaftaran perniagaan.

– Jika menghadapi sebarang masalah, hubungi LHDN melalui talian Hasil Care Line di 1-800-88-5436.