Cara Masukkan Opening Balance (Baki Awal Bank/Tunai)

Opening balance atau baki awal adalah rekod penting untuk memastikan kewangan syarikat anda sentiasa teratur. Dengan memasukkan baki awal, anda dapat memastikan bahawa baki dalam sistem Niagawan sama dengan jumlah tunai di tangan dan penyata bank.
Ikuti langkah berikut untuk merekodkan baki awal:


Langkah-Langkah Masukkan Opening Balance Bank/Tunai

1. Pergi ke Menu Perakaunan
Masuk ke bahagian Perakaunan pada sistem Niagawan.

2. Klik Entri Lejar
Pilih menu ini untuk mula memasukkan maklumat kewangan.

3. Klik tab Entri Pantas
Dalam tab ini, anda akan melihat beberapa pilihan untuk merekod transaksi.

4. Klik tab Jurnal Pembukaan Bank/Tunai
Pilih jurnal ini untuk memasukkan baki awal akaun bank atau tunai syarikat anda.


Nota Tambahan

– Hanya masukkan baki awal SEKALI sahaja dalam sistem.
– Pilih tarikh mula rekod, contohnya:
Jika anda ingin mula merekod pada 1 Januari 2023, pastikan baki opening dimasukkan pada tarikh ini.
– Pastikan nilai aset direkodkan dengan tepat untuk laporan kewangan yang lebih teratur.