Apa Itu Proforma Invoice?

Proforma invoice ialah dokumen yang digunakan untuk memberikan gambaran awal kepada pembeli tentang barangan atau perkhidmatan yang akan dihantar.

Ia mengandungi maklumat seperti kuantiti, harga, dan syarat pembayaran. Walaupun tidak mempunyai kesan undang-undang seperti invois rasmi, dokumen ini berguna untuk perancangan bajet atau sebagai asas untuk perjanjian.

Perbezaan Antara Proforma Invoice dan Invois Biasa

Ciri-ciri Invois Proforma Invois
Tujuan Utama Dokumen rasmi untuk tujuan pembayaran Estimasi kos untuk tujuan perjanjian
Status Undang-Undang Mempunyai kesan undang-undang Tidak mempunyai kesan undang-undang
Pengeluaran Selepas penghantaran barangan Sebelum penghantaran barangan
Fungsi Meminta pembayaran Memberikan gambaran kos
Ketepatan Harga Harga sebenar yang perlu dibayar Harga anggaran yang boleh berubah
Ketepatan Harga Harga sebenar yang perlu dibayar Harga anggaran yang boleh berubah
Kebolehpercayaan Menunjukkan komitmen transaksi sebenar Memberikan maklumat secara tidak rasmi

Langkah-Langkah Rekod Proforma Invoice dalam Niagawan

Langkah 1: Klik Menu Jualan
Pergi ke Menu Jualan dalam sistem Niagawan untuk memulakan proses.

Langkah 2: Pilih Invois Proforma
Klik pada Invois Proforma untuk melihat atau menambah rekod baharu.

Langkah 3: Tambah Rekod Baharu
Klik butang ➕ Baru untuk memulakan rekod Proforma Invoice baharu.

Langkah 4: Masukkan Maklumat Pelanggan
Cari pelanggan dalam senarai atau tambah pelanggan baharu dengan memasukkan butiran lengkap.

Langkah 5: Pilih Tarikh Invois
Gunakan pilihan kalendar untuk menetapkan tarikh invois.

Langkah 6: Isi Tarikh Luput (Jika Perlu)
Jika perlu, masukkan tarikh luput Proforma Invoice untuk menandakan had masa dokumen tersebut.

Langkah 7: Tambah Produk atau Servis
Klik Tambah Produk, cari nama produk atau servis, masukkan kuantiti, dan klik + untuk menambah ke senarai.

Langkah 8: Isi Caj Tambahan dan Diskaun (Jika Ada)
Masukkan caj penghantaran atau diskaun di ruangan yang disediakan.

Langkah 9: Tambahkan Remark (Opsional)
Letakkan catatan tambahan jika diperlukan untuk rujukan.

Langkah 10: Klik Simpan
Klik Simpan untuk menyimpan rekod Proforma Invoice anda.

Borang tambah Proforma Invoice baharu dalam sistem Niagawan
Contoh paparan borang untuk merekodkan Proforma Invoice baharu dalam sistem Niagawan.

Cara Tukar Proforma Invoice kepada Invois

Langkah 1: Klik Tambah sebagai Invois
Buka Proforma Invoice dan klik butang Tambah sebagai Invois untuk memulakan proses.

Langkah 2: Ikuti Langkah Rekod Invois jualan
Rujuk panduan rekod invois jualan di sini untuk melengkapkan proses dan memastikan dokumen lengkap direkodkan.

Antaramuka Proforma Invoice dalam sistem Niagawan yang menunjukkan lokasi butang 'Tambah sebagai Invois' untuk menukar Proforma Invoice kepada Invois sebenar.
Paparan butang ‘Tambah sebagai Invois’ untuk menukarkan Proforma Invoice kepada Invois di sistem Niagawan.