Cara Rekod Pembelian Stok

Pembelian stok adalah langkah penting untuk memastikan stok barang atau produk yang dijual kepada pelanggan direkod dengan baik. Apabila produk dijual, sistem secara automatik akan mengira kos barang yang terjual, dikenali sebagai Cost of Sale (COGS), yang akan ditolak dalam laporan Untung Rugi.
Sebelum Rekod, Fahami Jenis Perniagaan Anda

1. Perniagaan Trading:
– Membeli produk daripada pembekal (supplier) dan menjualnya semula kepada pelanggan tanpa sebarang pengubahsuaian fizikal.
Contoh: Perniagaan runcit.

2. Perniagaan Manufacturing (Pembuatan):
– Membuat sendiri atau memproses produk sebelum menjual kepada pelanggan.
Contoh: Penghasilan makanan atau minuman.

Langkah untuk Rekod Belian Stok dari Pembekal

1. Akses Menu Belian:
– Pergi ke Menu > Belian.
– Klik pada pilihan Invois Belian.

2. Tambah Rekod Baru:
Tekan butang ➕ Baru untuk memulakan rekod baru.

3. Pilih Pembekal:
– Klik pada kotak Add Supplier.
– Cari dan pilih nama pembekal yang berkaitan.

4. Tetapkan Lejar:
Pilih lejar yang sesuai seperti Stock Purchased / Inventory (Curasset) untuk pembelian stok.

5. Masukkan Maklumat Invois:
Tarikh: Tetapkan tarikh invois, termasuk tarikh backdated jika diperlukan.
Tamat (Due Date): Masukkan tempoh bayaran balik (jika ada).
Rujukan: Isikan nombor invois dari pembekal.

6. Tambah Produk:
– Klik Tambah Produk.
– Pilih atau cari nama produk yang ingin direstok.

7. Tambah Remark (Opsional):
Jika perlu, masukkan nota tambahan dalam bahagian Remark.

8. Simpan Rekod:
Klik butang Simpan untuk mengesahkan transaksi.

Nota:

– Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan kesilapan dalam laporan akaun.

– Sistem akan menyimpan rekod dan mengemaskini stok secara automatik selepas transaksi disahkan.

Baca juga:

Cara Rekod Bayaran untuk Beberapa Invois Belian (Multiple Payment)
Cara Rekod Belian Bahan Mentah dengan Supplier
Tutorial sistem perakaunan untuk pengurusan invois belian