Apa Itu Consignment?

Consignment merujuk kepada situasi di mana syarikat anda atau supplier menghantar produk ke lokasi tertentu, seperti kedai atau vendor. Pembayaran hanya direkod selepas produk terjual.

Berikut adalah langkah untuk merekod transaksi consignment dalam dua situasi berbeza:

Situasi 1: Syarikat Anda Hantar Produk ke Kedai/Vendor

Langkah 1: Klik Menu Jualan
Pergi ke Menu Jualan dalam sistem Niagawan

Langkah 2: Klik Invois Jualan
Pilih Invois Jualan untuk mula merekod.

Langkah 3: Tambah Rekod Baharu
Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.

Langkah 4: Klik ➕ Tambah Produk
Cari dan pilih nama produk yang dihantar kepada vendor.

Langkah 5: Klik Simpan
Simpan invois jualan tersebut.

Bila barang dah terjual, kena Edit semula Invois Jualan tersebut, klik pada button
Edit

Langkah 6: Edit Semula Invois Jualan
Apabila barang telah terjual, klik butang Edit untuk mengemas kini invois.

Langkah 7: Masukkan Unit Dijual
Di bahagian Butiran, betulkan unit mengikut jumlah produk yang dijual.

Langkah 8: Klik Simpan
Simpan perubahan pada invois tersebut.

Langkah 9: Klik Button Resit Invois
Rekod pembayaran pelanggan dengan klik pada butang Resit Invois.

Langkah 10: Masukkan Butiran Bayaran
Masukkan maklumat pembayaran dan klik Simpan.

Situasi 2: Supplier Hantar Produk ke Kedai Anda

Langkah 1: Klik Menu Belian
Pergi ke menu Belian dalam sistem Niagawan.

Langkah 2: Klik Invois Belian
Pilih Invois Belian untuk merekod belian dari supplier.

Langkah 3: Tambah Rekod Baharu
Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.

Langkah 4: Klik ➕ Tambah Produk
Cari dan pilih nama produk yang diterima dari supplier.

Langkah 5: Klik Simpan
Simpan invois belian tersebut.

Bila barang dah terjual, kena Edit semula Invois Belian tersebut, klik pada button
Edit

Langkah 6: Edit Semula Invois Belian
Apabila barang telah terjual, klik butang Edit untuk mengemas kini invois.

Langkah 7: Masukkan Unit Dijual
Di bahagian Butiran, betulkan unit mengikut jumlah produk yang dijual.

Langkah 8: Klik Simpan
Simpan perubahan pada invois tersebut.

Langkah 9: Klik Button Pembayaran
Klik butang Pembayaran untuk merekodkan bayaran kepada supplier.

Langkah 10: Masukkan Maklumat Bayaran
Lengkapkan maklumat pembayaran dan klik Simpan.